Orkid monyet adalah salah satu jenis tumbuhan yang jarang ditemui.Tanaman ini hanya boleh tumbuh di persekitaran tertentu.
Ia boleh tumbuh dengan subur dan sihat jika berada di pergunungan. Ketinggian daratan yang boleh ditumbuhinya juga tertentu, yakni antara 1,000 dan 2,000m dari aras laut.
Kalau berminat, ia hanya boleh menemuinya ketika melancong ke pergunungan di Ecuador, Colombia atau Peru. Tapi, jika berkesempatan lebih besar untuk bertemu, anda boleh datang ke Ecuador.
Perhatikan langkah anda ketika mendaki. Jangan melangkah terlalu cepat dan perhatikan pandangan ke sekitar, siapa tahu ada tanaman orkid liar tumbuh.
Jika ada, amati bahagian tengahnya. Bunga orkid yang mempunyai bahagian tengah mirip seperti monyet adalah orkid monyet.Wajah seperti monyet ini berasal dari organ pembiakan tanaman.
Lebih unik lagi, tanaman ini diberi nama latin Dracula Simia. Diberi nama Dracula kerana tumbuhan ini mempunyai kelopak bunga yang panjang, mirip seperti taring drakula.
Sedangkan Simia mempunyai erti monyet. Ini tentu diambil dari mahkota bunga yang mirip seperti wajah monyet. Jika dicium, tanaman ini mempunyai aroma seperti oren.Orkid monyet tumbuh setiap ketika, jadi bila-bila saja anda datang boleh melihatnya secara langsung.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment