Abby Berdebat Dengan Peminat Pertahankan Inai Lukis TIDAK HARAM

[x]

Abby Berdebat Dengan Peminat Pertahankan Inai Lukis TIDAK HARAM

on Monday, 2 September 2013



Semalam telah berlangsungnya majlis persandingan Abby Abadi atau nama sebenarnya, Arbaiyah binti Abdul Manan bersama pasangan, Muhammad Noor Farhan Che Bakar bertempat di Taman Melawati, Kuala Lumpur.

Majlis berinai Abby Abadi

Sehari sebelum majlis tersebut berlangsung, Abby dilihat telah sempat berkongsi beberapa foto menariknya sekitar majlis berinai dan foto tersebut bagaimanapun telah mendapat kritikan daripada segelintir pengikutnya di laman sosial sehingga ada mengatakan perbuatan tersebut adalah haram.

Kali ini Abby nampaknya telah matang dan berhati-hati kerana telah membuat penyelidikan terlebih dahulu sebelum bertindak.

Jika dalam isu-isu sebelum ini, Abby terkenal dengan sikap cakap lepas tanpa ada ilmu, tetapi kali ini kebenaran menyebelahi beliau. Inilah sepatutnya dilakukan oleh beliau sebelum mengulas sesuatu isu. Berhujahlah dengan Ilmu bukan sedap mulut.

Bagi membidas semula kenyataan tersebut, Abby telah menjelaskan bahawa perbuatan melukis inai di atas telapak tangan adalah tidak haram dan perbuatan tersebut dikatakan telah menjadi adat di kalangan masyarakat masa kini.


Majlis persandingan Abby & Farhan

Dalam pada itu, Abby turut menjelaskan bahawa lukisan yang dilukis itu mestilah berunsurkan tumbuh-tumbuhan ataupun bunga-bungaan dan bukannya makhluk bernyawa seperti haiwan mahupun manusia.




Untuk makluman, majlis persandingan pihak lelaki akan berlangsung di Tumpat, Kelantan pada 6 September depan.

sumber : http://celahgelegar.blogspot.com/

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved