Amy Search Nafi Dirinya Di Isytihar Muflis

[x]

Amy Search Nafi Dirinya Di Isytihar Muflis

on Wednesday 18 September 2013

 Rentetan kisah dirinya dikatakan muflis, para wartawan mula memburu Amy Search sendiri untuk mendapatkan pengesahan dari beliau. Terkini menerusi Sinar, Amy Search menafikan dirinya telah pun muflis. Ikuti petikan dibawah.


“Tak, tak,” ujar Amy sebelum segera meletakkan panggilan telefon ketika ditanya mengenai khabar bahawa dia sudah diisytihar muflis.

Khabar itu ternyata mengejutkan ramai apabila sebelum ini, dua selebriti iaitu Aweera dan Farah Diana Anuar turut dikatakan muflis, namun Farah sehingga kini masih belum memberi sebarang penjelasan.

Perkara tersebut didedahkan oleh sebuah portal hiburan yang difahamkan mendapat salinan surat pengisytiharan muflis penyanyi berusia 55 tahun itu.



Apatah lagi, ia turut dilengkapi nama penuh Amy iaitu Suhaimi A Rahman, bersama nombor kad pengenalannya.

Menurut beberapa sumber, vokalis kumpulan Search itu dipercayai gagal untuk menyelesaikan sejumlah hutang yang dipinjamnya bagi menjayakan konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009.

Justeru, perkara tersebut telah dibawa ke mahkamah dan keputusan yang dikeluarkan telah menyebabkan Amy muflis. Namun sejauh mana kebenaran berita ini, hanya dapat disahkan oleh Amy sendiri.

#Dalam pada itu, tinjauan kezoom menerusi Instagram Amy Search mendapati beliau masih lagi berada di Pulau Perhentian kerana aktiviti skuba...
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved