Anak-Anak Penentu Jodoh Kami – Nora Danish

[x]

Anak-Anak Penentu Jodoh Kami – Nora Danish

on Wednesday, 11 September 2013


Sebenarnya sudah agak lama gosip cinta antara Nora Danish dengan anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Y.B. Dato’ Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz yang dikenali sebagai Nadem menjadi perbualan media dan peminat.

Namun sehingga hari ini Nora masih enggan mengiyakan gosip itu namun tidak menafikan kedua-dua mereka sedang mengenali hati budi masing-masing.

Nora yang ditemui sewaktu majlis pra-tonton filem Lagenda Budak Hostel di Cathay Cineplex semalam mengakui tidak kisah jika peminat menganggap mereka bercinta namun tidak akan sama sekali mencanang perkara tersebut melainkan ianya benar-benar terjadi.

Saya tak salahkan orang kalau mereka kata kami bercinta. Tapi bagi saya, saya tak mahu bercakap lebih-lebih tentang hal itu sebab selagi tak ada kepastian, saya tak mahu hebahkan. Lainlah kalau dah betul-betul kami nak kahwin nanti baru saya kongsikan.

Dalam masa yang sama, Nora turut bimbang kalau-kalau hubungan mereka tidak menjadi sekiranya terlampau bercerita mengenainya.

Jika melihat kepada foto-foto yang dikongsikan di Instagram, Nora dan Nadem dilihat agak kerap meluangkan masa bersama. Namun Nora menjelaskan bahawa pertemuan mereka adalah disebabkan urusan perniagaan ditambah pula dengan jarak rumah mereka yang dekat.

Ya, saya kerap jumpa dia sebab rumah dia dekat dengan rumah saya. Lagipun keluarga saya dengan keluarga dia berkawan baik. Anak kami pun selalu bermain sama-sama. Kiranya nanti anak-anaklah yang tentukan jodoh kami.

Ditanya sama ada Nora mempunyai perancangan untuk mendirikan rumahtangga sekali lagi dengan Nadem, pelakon itu pantas menjawab tidak mahu terburu-buru.

Kalau ada jodoh, InsyaAllah. Tapi sekarang ni saya tak fikir soal kahwin. Harap-harap satu hari nanti Allah membuka pintu hati saya untuk berkahwin lagi sekali.

Saya ibu tunggal, dia pula bapa tunggal. Masing-masing dah pernah melalui alam perkahwinan. Jadi kali ini kalau kami nak ke jinjang pelamin kami akan lebih memikirkan banyak hal dan tidak mahu terburu-buru.

Dalam rancak bercerita, Nora sempat juga menyatakan tertarik dengan sifat Nadem yang suka bersedekah dan membuat amal. Malah Nora juga pernah beberapa kali membuat acara amal dengan jejaka itu.
sumber : http://www.ohbulan.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved