Ashanty
ISTERI kepada Anang Hermansyah iaitu Ashanty mengakui agak sukar melepaskan dua anak tirinya, Aurel dan Azriel untuk keluar bermain bersama rakan-rakan sebaya mereka.
"Kalau Aurel ingin keluar bersama temannya, saya akan bertanya terlebih dahulu siapa ibu rakan itu, siapa pemandu mereka, pergi ke mana dan dengan siapa? Maka kerana itu saya dikatakan sebagai ibu yang garang.
"Saya juga pernah kecil seperti usia mereka, jadi saya tahu apa yang mereka bohong," katanya seperti dipetik DetikHot.com.
Ashanty berkata, Aurel juga sering memberontak kerana tidak dapat bergerak bebas seperti rakan seusianya.
Namun kata Ashanty, setelah dijelaskan, Aurel mula mengerti situasi kedudukannya tidak seperti kanak-kanak lain.
sumber : http://mstar.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment