Burger Yang Mendapat Inspirasi Selebriti Terkenal~!

[x]

Burger Yang Mendapat Inspirasi Selebriti Terkenal~!

on Thursday, 12 September 2013


Disebabkan oleh obsesi mereka terhadap makanan segera, pereka grafik dari Perancis, Quentin dan Thomas kini mendapat sebuah ilham daripada para selebriti terkenal dalam memperkenalkan menu burger terbaru.

Antara selebriti terkenal seperti yang diperlihatkan menerusi menu itu termasuklah James Bond, David Beckham dan Biskop Rome, iaitu Paus Francis. Seperti yang boleh dilihat dalam gambar, roti burger James Bond berwarna perak manakala burger Paus Francis pula mempunyai hiasan salib di atasnya.

Walaupun kelihatan menarik, burger tersebut hanyalah sekadar ilusi dan tidak boleh didapati di mana-mana restoran francais makanan ringan. Mereka yang ingin 'mencuci mata' bolehlah melihat hasil kreativiti kedua-dua pereka itu menerusi laman sesawang fatandfuriousburger.com.
sumber : http://bikinstress.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved