Meskipun Shuib dikenali sebagai seorang pelawak, akan tetapi fitrahnya sebagai seorang suami dan bapa yang penyayang tidak dapat dinafikan.
Bagi peminat yang mengikuti laman sosial pelakon ini, pasti akan dapat melihat serta mengenali dengan lebih dekat bagaimanakah perwatakan sebenar Shuib apabila berada di samping keluarga tercinta.
Bagaimanapun, baru-baru ini Shuib difahamkan telah membawa keluarganya bercuti di sebuah pusat peranginan yang terletak di negeri Pahang.
Menerusi foto-foto yang dikongsikan, OHBULAN! tertarik dengan caption yang ditulis oleh pelakon tersebut, di mana ia menunjukkan seolah-olah Shuib tidak boleh berenggang dengan keluarga tercinta, terutamanya anak-anak yang masih kecil.
Shuib bersama anak-anaknya, Uwais Al Qarni & Dzakira Talita Zahra
Wah, bagus Shuib kan? Walaupun sibuk dengan rutin harian sebagai seorang pelakon, namun masih sempat meluangkan masa bersama keluarga tersayang.
Untuk makluman, buat masa ini Shuib sedang sibuk dengan penggambaran drama terbarunya berjudul Bini Aku Hantu Langsuir yang bakal ditayangkan di TV9 tidak lama lagi
sumber : http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment