Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzue Islam Mazlan, 23, berkata, dia tidak dapat menyertai aktiviti kumpulan tersebut jika jadual kerjanya bertindan dengan penggambaran.
"Kadang-kala memang terdetik rasa bersalah pada diri saya kerana tidak dapat menyertai persembahan Forteen kerana sibuk dengan penggambaran.
"Bagaimanapun saya bersyukur kerana pihak produksi dan ahli-ahli Forteen yang lain memahami kerja saya dan tidak pernah mempertikaikan perkara tersebut," katanya kepada wartawan.
Tambah Izzue, perkara berkaitan komitmen telah dibincangkan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan menyertai kumpulan tersebut.
Katanya, dia masih tetap membawa nama kumpulan itu biarpun berada dalam bidang lakonan.
"Pada saya dengan berlakon juga dapat membantu memperkenalkan kumpulan Forteen secara tidak langsung.
"Saya faham kadang-kala peminat yang datang untuk menonton persembahan Forteen agak kecewa jika saya tiada, namun mereka boleh melihat saya di televisyen," katanya.
Ketika ditanya, sama ada pernah terlintas atau tidak untuk dia meninggalkan kumpulan tersebut, Izzue berkata, dia tidak pernah terfikir ke arah itu.
Jelas Izzue, dia selesa dengan kedua-dua kerjaya berkenaan dan masih mampu mengurusnya dengan baik.
"Rezeki terhadap bidang lakonan memang agak banyak, begitu juga dengan nyanyian, di mana kami akan melancarkan album pertama Forteen dalam masa terdekat ini," katanya.
sumber : Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment