Jangan Panggil Saya Diva - Yuna

[x]

Jangan Panggil Saya Diva - Yuna

on Wednesday, 11 September 2013

Yuna

 Kejayaan yang dikecap selama lima tahun dalam dan luar negara tidak membuatkan penyanyi Yuna merasakan dirinya layak untuk menerima gelaran diva.

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara'ai, 27, berkata, dia masih belum cukup matang dalam industri muzik dan menyifatkan gelaran tersebut hanya sesuai buat penyanyi lain seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Shiela Majid atau Ning Baizura.

"Saya belum sedia dengan gelaran diva sebegitu. Bagi saya ia hanya untuk penyanyi yang bekerja keras setelah sekian lama.

"Saya ni pula masih lagi baru dan banyak pengalaman yang belum dipelajari," katanya.

Tambah Yuna, mungkin gelaran tersebut relevan untuk dirinya pada masa akan datang ketika pengalamannya di bidang muzik sudah mencukupi.

Sementara itu pengalaman menetap di Amerika Syarikat selama tiga tahun ternyata memberikan impak yang besar buat Yuna apabila anak kelahiran Kedah ini dapat merasakan kematangan dalam nyanyiannya.

"Orang selalu nampak saya hanya boleh membawakan lagu berkonsepkan seperti laguDan Sebenarnya tetapi Alhamdulillah semakin hari peminat mula percaya bahawa saya boleh mengalunkan lagu genre lebih serius.

"Malah pengalaman saya membuat persembahan setiap hari membuatkan saya lebih yakin menyanyi dengan vokal yang lantang,” jujurnya.

Sementara itu, Yuna yang kini berada di bawah naungan syarikat rakaman milik David Foster iaitu Verve Records berkata, walaupun dia banyak menghabiskan masanya di Amerika Syarikat tetapi dia akan memastikan peminat-peminat di Malaysia tidak terabai.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved