Kanak- Kanak 8 Tahun Maut Akibat Layan Permintaan MALAM PERTAMA Suami Yang Baru Dinikahi...

[x]

Kanak- Kanak 8 Tahun Maut Akibat Layan Permintaan MALAM PERTAMA Suami Yang Baru Dinikahi...

on Tuesday, 10 September 2013


Hiasan

Seorang budak perempuan berusia lapan tahun meninggal dunia selepas mengalami pendarahan dalaman pada malam pertamanya selepas berkahwin dengan seorang lelaki yang layak dipanggil bapa.

Lelaki itu berusia kira-kira 40 tahun dan perkahwinan mereka ditetapkan oleh keluarga.

Budak berkenaan yang hanya dikenali sebagai Rawan, meninggal dunia di kawasan pedalaman, Hardh, yang terletak bersempadan dengan Arab Saudi.

Susulan itu, aktivis menggesa supaya pengantin lelaki dan keluarga budak tersebut dibawa ke muka pengadilan.

Penahanan berkenaan juga dapat menghentikan amalan perkahwinan paksa melibatkan kanak-kanak dengan lelaki tua di kawasan itu.

Dalam pada itu, seorang blogger yang dikenali sebagai Angry Man, menyelar lelaki berkenaan dan mahu dia dikenakan hukuman yang setimpal dengan perbuatannya.

“Bukan pengantin lelaki itu sahaja, malah semua pihak yang turut serta mengatur perkahwinan itu sepatutnya dihukum,’’ katanya.

Seorang lagi blogger, Omar pula mengecam keluarga Rawan kerana tidak mempunyai sifat kemanusiaan.Amalan perkahwinan melibatkan kanak-kanak semakin meluas di Yaman.

Ia bukan sahaja mendapat tentangan daripada aktivis tempatan malah aktivis dari luar negara juga menentangnya dan mereka mahu kerajaan menguatkuasa peraturan menghalang perkahwinan tersebut.
Hampir separuh daripada wanita di Yaman berkahwin pada usia muda iaitu sebelum 15 tahun.

Pada September 2010, seorang budak berusia 12 tahun meninggal dunia selepas tiga hari bertarung nyawa untuk melahirkan anak.
sumber : http://lamanizzs.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved