Kanak-Kanak Setahun Terjatuh Dalam Lubang N@jis

[x]

Kanak-Kanak Setahun Terjatuh Dalam Lubang N@jis

on Sunday 15 September 2013

Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa bergelumang dengan bau busuk selepas terjatuh dalam lubang najis di Yanji, timur laut China.

Menurut media Daily Mail, insiden berlaku selepas budak berusia setahun lapan bulan itu dipercayai tergelincir ke dalam lubang terbabit ketika pergi ke tandas secara bersendirian.

Ibunya hanya menyedari kehilangan anaknya selepas terdengar jeritan meminta tolong.

Sejurus kejadian, sekumpulan anggota bomba dan penyelamat tiba di lokasi kejadian terletak berdekatan rumah mangsa untuk operasi menyelamat.

“Anggota terpaksa memakai alat pernafasan lengkap dengan tong oksigen kerana lubang berkenaan dipenuhi najis. Budak itu tidak mengalami kecederaan, hanya mengalami trauma,” kata pegawai bomba.
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved