Setiausaha Agung PBNP, Fuzzeimi Ibrahim berkata, mereka tidak boleh mengambil tindakan ke atas dua pemain berkenaan memandangkan kes itu masih berada dalam siasatan JAIP.
"Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah yang merupakan Presiden PBNP akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini selepas siasatan JAIP nanti...jadi saya tidak boleh memberikan apa-apa komen kerana bimbang ia akan mengganggu siasatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Bernama pada majlis makan malam bagi meraikan pasukan yang bertanding pada Kejohanan Pestabola Merdeka 2013 di salah sebuah hotel di sini, malam tadi.
Media kelmarin melaporkan dua pemain Pahang ditahan oleh pegawai penguatkuasa JAIP kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di sini.
Dua pemain berkenaan berusia dlam lingkutan 20-an ditahan bersama pasangan masing-masing di bilik berasingan kira-kira pukul 4.30 pagi Rabu.
sumber : Bernama
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment