Nama Kilafairy sering terpalit dengan cerita-cerita kontroversi.
NAMA pelakon Kilafairy tidak pernah lekang daripada bibir peminat industri hiburan tempatan apabila sering diulit dengan cerita-cerita kontroversi.
Pernah 'menghilangkan' diri daripada industri hiburan pada tahun lalu bagi meredakan gosip-gosip panas tentang dirinya selain menghabiskan pengajian di kolej, pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan, 21, baru-baru ini sekali lagi dihimpit kontroversi.
Selain hubungan Kila dengan seorang pelakon Indonesia iaitu Hardy Hartono hebat diperkatakan, penyanyi dan pelakon itu turut dikecam kerana dikatakan tidak menghormati bulan Ramadan kerana memuat naik rakaman video di Instagram dengan memakai baju besar sehingga menampakkan pangkal paha.
Terbaharu, Kila sekali lagi dikritik oleh peminatnya gara-gara berkongsi sekeping foto dengan simbol yang seolah-olah menyerupai tanda salib.
Anak kepada penyanyi popular era 80-an iaitu Rohana Jalil ini bagaimanapun mengambil pendekatan berdiam diri tentang kontroversi yang melandanya.
Mari kita ikuti kisah menarik pelakon filem Hore! Hore! dan pemilik Rack Boutiqie ini.
APAKAH YANG ADA DALAM BENAK FIKIRAN ANDA SEKARANG?
Melbourne, Australia.
SIAPA MANUSIA YANG PALING ANDA KAGUMI?
Victoria Beckham dan Beyonce Knowles.
APAKAH YANG PALING ANDA TAKUTI?
Lipas.
APAKAH SIFAT-SIFAT YANG PALING MENONJOL DALAM DIRI ANDA?
Mudah rasa simpati terhadap orang lain.
APAKAH SIFAT-SIFAT YANG ANDA TIDAK SUKAI PADA ORANG LAIN?
Sifat tidak menghormati orang lain.
PERKARA PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Menangkap ayam di kampung.
PERNAHKAH ANDA MEMBENCI?
Pernah.
PERNAHKAH ANDA DIBENCI?
Pernah.
BAKAT APAKAH YANG PALING ANDA INGINI?
Memasak.
JIKA ANDA DAPAT MENUKAR SATU PERKARA TENTANG DIRI ANDA, APAKAH YANG AKAN ANDA TUKAR?
Tiada.
APAKAH PENCAPAIAN ANDA YANG PALING BESAR?
Membuka Rack Boutique.
PADA SITUASI BAGAIMANAKAH ANDA MENGANGGAP DIRI ANDA GAGAL?
Apabila mula hilang semangat dalam melakukan sesuatu.
KERJA YANG PALING HEBAT YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Setakat ini masih belum ada perkara yang betul-betul hebat pernah saya lakukan.
PERKARA YANG PALING ANDA HARGAI DARIPADA SEORANG KAWAN?
Sifat penyayang.
SIAPAKAH HERO FIKSYEN ANDA?
Peter Pan.
BAGAIMANAKAH ANDA MAHU DIINGATI/ DIKENANG?
Hasil kerja yang baik dan meninggalkan kesan kepada orang lain.
MOTTO KEHIDUPAN ANDA?
Berpijak di bumi yang nyata.
sumber : http://mstar.com.my/
{ 1 comments... read them below or add one }
ala biarla tu kisah idup dia..
5 September 2013 at 02:34
Post a Comment