Nabila Berterima Kasih Kepada Doa Amy Search

[x]

Nabila Berterima Kasih Kepada Doa Amy Search

on Friday, 13 September 2013

Keadaan diri Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil diibaratkan seperti sudah jatuh ditimpa tangga kerana setelah kisah kemalangannya menjadi topik perbualan hangat, kini timbul pula isu yang mana bapanya dikatakan berkecil hati dengan sikap kerana tidak pulang berhari raya bersama-sama keluarga.


“Abil redha walaupun dalam keadaan sekarang Abil sebenarnya memerlukan keluarga berada di samping Abil. Namun, Abil bersyukur dan terharu walaupun keseorangan di rumah, masih ada teman-teman yang datang menjenguk setiap hari,” ujar Nabila ketika dihubungi wartawan.

Dalam pada itu, Abil enggan mahu mengulas lanjut kerana dia ingin fokus kepada kesihatan Keisha dan dirinya sendiri.

“Abil ingin mengucapkan terima kasih kerana doa Papa sehari sebelum berlakunya kemalangan itu termakbul serta melibatkan cucunya. Tidak lupa, terima kasih Abil ucapkan kepada semua peminat, rakan media dan artis yang mendoakan agar Abil dan Keisha cepat sembuh.

"Juga terima kasih kepada mereka yang mencaci dan mendoakan keburukan berlaku ke atas Abil. Berkat doa anda semua amatlah dihargai. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami berada dalam keadaan sihat walafiat. Alhamdulillah, semua yang berlaku ini pasti ada hikmahnya,” tambah Abil lagi.

Abil juga melahirkan rasa terharunya kerana pihak keluarga dari Johor iaitu nenek dan sanak saudara sudi datang untuk melawat.
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved