“Apabila kereta digerakkan ke depan, tubuhnya jatuh dan kepalanya berdarah. Selepas diperiksa, saya dapati dia sudah tidak bernyawa.”
Demikian kata Mohd Ali Hussin, 53, ketika menceritakan tragedi kematian anak bongsunya selepas seorang lagi anaknya yang baru berusia empat tahun cuba memandu kereta miliknya.
Kejadian berlaku di rumah keluarga berkenaan di Taman Kerian, di sini, jam 12.30 tengah hari semalam dan mangsa, Mohd Adam, berusia dua tahun maut di tempat kejadian.
KESAN percikan darah jelas kelihatan pada dinding rumah.
Memang tak boleh nak bayangkan... ngeri rasanya... pengajaran untuk semua... simpan kunci kereta di tempat yang tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak.. Diorang ni cepat belajar dan ingin mencuba sesuatu.
Sumber: Harian Metro Online
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment