BANDAR CALAMBA, Filipina - Seorang peminat tegar watak Superman di Filipina sanggup membelanjakan wang sebanyak £4,400 (RM22,337) untuk menyerupai wajah watak adi wira kegemarannya itu, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Lelaki itu, Herbert Chavez, 35, sanggup melakukan pembedahan plastik bagi mengubah wajahnya. Dia mengubah hidung, memutihkan kulit, menyedut lemak bibir, melakukan penjajaran rahang, mengimplan otot perut dan punggung bagi meniru kehidupan sebenar watak Clarke Kent.
Chavez mula jatuh cinta dengan watak adi wira itu yang terkenal dengan kain mantel merah dan lambang logo S ketika berusia lima tahun selepas menonton watak tersebut di televisyen. Dengan gaji sebanyak 90 Pesos (RM6.57) sejam, dia sanggup berbelanja besar untuk minatnya itu. Chavez berazam mahu mengajar kanak-kanak mengenai nilai-nilai moral yang baik, di samping menceriakan hari mereka.
Dia juga memiliki koleksi memorabilia Supermen terbesar di dunia berjumlah 5,000 unit termasuk patung sebesar sebatang pokok.
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment