
Jelas sikap dan tindak tanduk Siti Aisya Adam terhadap seseorang yang lebih tua darinya amat dikesali, berikutan itu pelabagai poster dan parodi dihasilkan.

Selain itu sebuah laman Facebook baru dibuka dengan nama Kami Benci Bini Mat Yo yang pantas menjadi perhatian pengguna Facebook selepas ia mendapat 33,029 likes dalam masa hanya sehari selepas dibuka.

Di dalam ruangan penerangan laman Facebook itu, admin page tersebut menulis “Page ini diwujudkan untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kepada isteri Mat Yo yang lupa diri dan kurang ajar,”. Antara isu lain yang turut diperkatakan berkaitan Mat Yo ialah konflik ketika Mat Yo ketika meninggalkan pasukan Kelantan untuk bermain dengan JDT sebelum ini.

Satu lakaran komik lucu turut dihasilkan menunjukkan konon-konon ada konflik di antara Mat Yo dan penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat.

Dan terbaru satu poster filem dihasilkan dari South Perak Fan Club yang bertajuk "Pak Guardnator Vs Biniku Gangster". Begitulah kreatifnya orang kita bila menyatakan sesuatu isu yang hangat sekarang.
sumber : Kezoom
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment