Pelakon Puteri Sarah Liyana kini semakin jelita selepas penghijrahannya mengenakan hijab. Namun, Puteri Sarah amat kelihatan sekali muncul didalam drama TV sekarang, malah kami turut mendengar khabar angin bahawa beliau bakal meninggalkan dunia lakonan.
Ditanya tentang persoalan itu, Puteri Sarah mengakui bahawa berita itu benar dan dia sebenarnya telah lama berhasrat untuk berhenti berlakon tetapi ada sahaja perkara yang membuatkan hasratnya belum lagi tercapai. Namun, kini dia benar-benar nekad untuk meninggalkan bidang lakonannya.
“Bagaimanapun, saya tidak tinggal terus dunia seni dan memilih untuk mengacarakan program mengenai fesyen muslimah di TV2.
“Saya sudah dpaat kerja di Butik Eiliya dan akan mula bekerja mulai Oktober ini, dapat juga saya manfaatkan apa yang dipelajari selama lima tahun dulu biarpun bidang diambil dulu berkaitan pengurusan hospitaliti & pelancongan tidak seiring dengan tawaran kerja ini,” ujar Puteri Sarah Liyana.
Namun, Puteri Sarah menafikan yang hasrat untuk berhenti berlakon adalah kerana serik dengan pelbagai kontroversi yang melanda tetapi dia menegaskan bahawa keputusannya itu adalah kerana penghijrahannya dan untuk mengelak dari bersentuhan dari bukan muhrim.
sumber : http://ohartis.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment