Sedih Dikata Lupa Diri, Elfira Loy Tampil Buat Penafian

[x]

Sedih Dikata Lupa Diri, Elfira Loy Tampil Buat Penafian

on Wednesday, 4 September 2013

Hatinya gundah gulana, jiwanya diselubungi rasa sedih tatkala cerita tentang dirinya yang dikhabarkan lupa diri mula diperkatakan umum. Tidak tahu di mana puncanya cerita tersebut boleh tersebar. Pintanya supaya cerita tak benar itu dihentikan segera.

Tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk meninggi diri, Elfira enggan tahu apakah punca segelintir orang berterusan menuduh dirinya tanpa usul periksa. Dia masih seperti dahulu, sama seperti di awal kemunculannya.

"“Memang saya terkejut membaca cerita yang tersiar minggu lalu. Kalau nak ikutkan saya masih seperti dahulu, sama sahaja seperti mana saya mula bertapak dalam industri seni."

"“Tapi mengapa tiba-tiba sahaja orang berkata macam tu pada saya? Yang menjadi masalah mereka yang menyebarkan cerita tersebut khabarnya adalah orang yang rapat dengan saya."

“"Kalau dia rapat kenapa dia buat begitu pada saya? Kalau dia baik kenapa perlu nak sebarkan cerita pada orang lain kemudian terus memburukkan saya."

“"Jika benar orang itu sayang pada saya tak mungkin dia akan buat begitu pada saya. Saya lebih rela jika ada yang tampil ke depan dan cakap sendiri apa salah dan silap saya selama ini."

"“Saya bukan orang yang tak boleh terima teguran tetapi biarlah kena pada tempat," jelas pelakon yang berusia 19 tahun ini.

Enggan terus melayan isu tersebut, pelakon yang terkenal menerusi drama Dalam Hati Ada Taman ini sedar dia tidak punya kuasa untuk memuaskan hati semua orang.

Sebagai gadis yang dididik dengan akar budaya Melayu yang kuat, sudah pasti segala gerak-gerinya terikat dengan asas agama dan sosio budaya sebagai orang Timur.

“Sejujurnya saya sendiri tidak boleh menilai diri sendiri. Saya tak tahu adakah tindakan saya selama ini salah di mata umum sedangkan saya ingat betul.

“Sebab itu saya masih memerlukan teguran orang lain untuk menilai diri saya. Kalau boleh biarlah teguran tersebut dilakukan dengan cara yang betul. Tak salah berjumpa dan bercakap apa yang bersarang di hati mereka.

“Seandainya ada yang benar-benar terasa hati dengan perbuatan saya selama ini apa lagi yang boleh saya katakan selain memohon ampun dan maaf," katanya sayu.

“Cuma sebagai pelakon biasa saya tidak dapat mengelak bila dihujani dengan komen-komen negatif yang datang daripada peminat.

“Adat orang suka kita atau tidak tapi yang pastinya komen-komen mereka saya dengar. Yang benar saya ambil buat pengajaran tapi masih ramai yang hentam keromo kata saya bukan-bukan.

“Sebab itu saya selalu keliru dengan sesetengah kritikan. Kita sudah memberikan yang terbaik tetapi apabila orang dah tak suka, dia tetap akan hentam kita walaupun tak ada apa berlaku.

“Tapi tak mengapa sebab saya sudah lali dengan perkara-perkara tersebut," katanya ringkas.
sumber : Kezoom
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved