Suria FM Sediakan Bajet Untuk Bayar Hutang Pendengar Setia

[x]

Suria FM Sediakan Bajet Untuk Bayar Hutang Pendengar Setia

on Sunday, 1 September 2013



Suria FM Tawar Bayar Hutang Pendengar Radio

Stesen radio Suria FM mengeluarkan bajet sebanyak RM50,000 demi membantu pendengar-pendengar bertuah membayar hutang menerusi kempen 'Suria Bayarkan'.

Ketua Bahagian Program Suria FM, Adiwati Zainuddin berkata, bantuan hutang yang dibuat termasuklah bil utiliti, telefon, kad kredit termasuklah bil membeli belah.

"Idea ini sengaja dicetuskan selepas mendapat keluhan pedengar mengenai hutang bil yang perlu dijelaskan.

"Jadi bagi menghargai para pendengar, kami sengaja mengeluarkan sejumlah bajet untuk membantu sesiapa yang bertuah dengan nilai pelaburan kami sebanyak RM50,000," katanya yang ditemui pada acara Hari ABC (A Bit Charity) di The Square, Publika pada Sabtu.


Stesen Radio Pertama Tolong Bayar Hutang Pendengar Radio

Tambah Adiwati, kempen tersebut akan bermula 2 September ini dan berakhir pada 29 September 2013 dimana para pendengar perlu mengisi borang dan memuat naik gambar bil-bil yang mahu kami jelaskan di laman web Suria FM iaitu www.suriafm.com.my.

Kemudian, pendengar perlu mengikut segmen Ceria Pagi, Ceria Suria atau Santai Ceria dan Ceria Petang untuk mendengar jika nama diumumkan oleh penyampai. Dan pendengar diberi masa 15 minit untuk menelefon Suria FM menerusi talian 03-77242115 dengan mejawab soalan ringkas berkaitan stesen radio tersebut.

Sementara itu, mengenai Hari ABC, ia merupakan sebuah acara kebajikan mengutip dana bagi Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak yatim Al-Nasuha dan Angels Childrens Home di bawah Kumpulan Radio The Star iaitu Suria FM, Red FM, 988 dan Capital FM.

"Pada mulanya kami menyasarkan sebanyak RM23,000 kutipan menerusi pembelian kupon oleh pengunjung dan Alhamdulillah kami berjaya mengumpul lebih daripada sasaran iaitu RM27,000.


sumber : http://www.mohdrohaizad.com/ 

Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved