Dato` Siti Sanggup Terbang Ke Morocco Sebab Nak Cantik

[x]

Dato` Siti Sanggup Terbang Ke Morocco Sebab Nak Cantik

on Saturday, 27 July 2013



Dato` Siti Sanggup Terbang Ke Morocco Sebab Nak Cantik | Siapa sangka kunjungan penyanyi tersohor negara, Dato` Siti Nurhaliza ke Morocco bersama suami tidak lama dulu telah mempertemukan dia dengan salah satu bahan semulajadi yang menjadi rahsia kecantikannya sehingga hari ini.

Tidak mahu rahsia itu digunakan untuk dirinya sahaja, Dato` Siti telah merealisasikan dua produk kecantikan terkini di bawah lembayung SimplySiti yang menggunakan ekstrak buah Argan sebagai resipi utama.

Dia telah menyempurnakan bedak two way cake atau Argan Wonder Powder dan maskara sempurna, Argan Wonder Mascara yang di dalamnya mengandungi ekstrak Argan sebagai ejen anti penuaan di dalam format kosmetik.

Bercakap kepada pihak media sempena pelancaran dua produk kecantikan berkenaan, Dato Siti berkata khasiat buah Argan ternyata lebih baik daripada buah Zaitun dan dia sama sekali tidak menyangka ianya benar-benar memberi kesan kepada kecantikan wanita.

“Saya telah diperkenalkan dengan khasiat buah Argan oleh orang Morocoo ketika kunjungan saya ke sana tahun lalu.

“Menurut mereka, ekstark buah Argan sangat baik untuk rambut dan juga kulit. Jadi saya tidak keberatan mencubanya sendiri dan ternyata hasilnya sangat baik.

“Di sana, ramai yang sudah tahu kebaikan ekstrak Argan ini dan semakin ramai pula juga yang telah menjadikannya sebagai rahsia kecantikan wanita. Jadi apa salahnya saya berkongsi dengan peminat saya di sini,” katanya yang anggun menggayakan persalinan Faizell Azraff.

Ekstrak Argan merupakan bahan semulajadi terkini yang ditemui para saintis dan sedang hangat diperkatakan di dalam industri kecantikan pada ketika ini kerana kehebatannya dalam membantu merangsang pengeluaran kolagen dengan cepat.

Khasiatnya dapat membantu mencantik dan melambatkan proses penuaan kulit dengan efektif.

Tambah Dato Siti, dia bersyukur kerana impiannya untuk melahirkan produk kecantikan yang mengandungi bahan terbaik akhirnya tercapai.

“Ekstrak Argan sangat sukar didapati. Ianya terhasil daripada buah pokok Argan yang merupakan antara pokok tertua di Morocco dan hanya bileh didapati di negara berkenaan.

“Usaha saya untuk membawa masuk bahan ini ke dalam negara juga bukanlah satu tugas yang mudah. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya berjalan lancer dan SimplySiti Argan kini dapat dipasarkan,” katanya.

Argan Wonder Powder di jual pada harga RM62.90 dan Argan Wonder Mascara (RM39.90) yang boleh didapati di semua cawangan Watson’s, Guardian, AEON, AEON Big, Tesco terpilih, Sogo KL dan tidak ketinggalan Paloma, Brunei.
sumber : http://aiskosong.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved