Norman KRU Punca Faizal Tahir Digam Stesen TV

[x]

Norman KRU Punca Faizal Tahir Digam Stesen TV

on Thursday, 25 July 2013

Dikhabarkan mengenai kontroversi Norman KRU menjadi punca Faizal Tahir digam / banned oleh pihak stesen TV? Amat susah hendak melihat kelibat Faizal Tahir di TV sekarang ini, gara-gara perang di laman sosial di antara Norman KRU dan Faizal Tahir mengenai isu parti politik negara. Dengan khabar pihak stesen TV telah ban Faizal Tahir kerana kononnya anti-kerajaan dan menyokong parti pembangkang. Ada juga menggatakan Norman KRU menggunakan pengaruhnya untuk menghalang Faizal Tahir muncul di TV. Macam-macam kan? Sesama bangsa sesama agama boleh menggunakan alasan parti politik untuk menjahanamkan karier rakan artis sendiri. Apa-apa pun rezeki Allah S.W.T. yang beri, jangan berlagak sombong riak muka bumi ini macam serupa nak hidup selamanya dan tidak akan mati.

Norman Abdul Halim membuat keputusan untuk tidak lagi membicarakan hal-hal berkaitan politik di mana-mana laman-laman sosial bagi menjaga hati pelbagai pihak.

Norman KRU, 41 tahun, berkata, dia menyedari tindakannya mengecam sebuah parti politik di laman sosial Twitter beberapa bulan lalu telah menimbulkan kemarahan golongan tertentu.

norman-kru-twitter-hina-parti-pas

"Saya tidak akan bercakap soal politik lagi kerana ia tiada kena mengena dengan kerjaya saya dan saya bukan ahli politik untuk bercakap tentang itu.

"Saya sedar apa yang saya tulis di Twitter dahulu telah menguris hati dan menimbulkan kemarahan banyak pihak," katanya ketika ditemui pada rakaman Melodi Raya, di sini, Selasa lalu.

Norman+KRU+Minta+Maaf

Tambahnya, dia akan lebih berhati-hati sebelum mengutarakan sesuatu perkara yang melibatkan sensitiviti masyarakat.

Norman menerusi Twitter pada April lalu mendakwa industri hiburan negara ini akan hancur jika Pakatan Rakyat (PR) termasuklah PAS memerintah negara.
Faizal+Tahir+Kritik+Kenyataan+Norman+KRU
Komen tersebut mendapat kritikan banyak pihak yang tidak bersetuju dengan pandangan itu termasuk penyanyi Faizal Tahir yang pada masa yang sama telah mengeluarkan status membantah kenyataannya.

Disebabkan perkara itu juga, Faizal Tahir dikatakan telah digam oleh beberapa pihak akibat dari kenyataan-kenyataan Twitter miliknya yang berbaur politik seperti menyokong pembangkang.
Faizal+Tahir+Kena+Gam+Sebab+Sokong+Pembangkang

Sementara itu, Norman KRU menafikan menjadi punca kepada kontroversi penyanyi Faizal Tahir yang kononnya digam oleh sebuah stesen televisyen.

"Saya tiada kuasa untuk menyuruh mana-mana stesen televisyen atau radio menyenaraihitamkan mana-mana artis sekali pun.

"Apa yang saya tulis di Twitter itu sekadar pendapat saya sebagai rakyat Malaysia sahaja, begitu juga Faizal Tahir yang turut menyatakan pendapatnya juga," katanya.
sumber : http://www.mohdrohaizad.com/


Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved