Fouziah Gous, Zhaf Masih Belum Pilih Tarikh Perkahwinan

[x]

Fouziah Gous, Zhaf Masih Belum Pilih Tarikh Perkahwinan

on Saturday, 6 July 2013



Pasangan yang baru sahaja melangsungkan pertunangan pada 1 Jun lalu ini seringkali dilihat bersama setiap kali ke mana-mana. Fouziah Gous dan tunang, Zhafran Yusof kelihatan sungguh intim dan romantik seperti tidak boleh berenggang hingga ia mencuit hati peminat yang mungkin berasa cemburu bila melihat dengan kemesraan mereka.

Bertanyakan Zhafran yang mesra disapa Zhaf mengenai keintimannya dengan Fouziah yang dikatakan selalu berada di mana sahaja bersama aktres tersebut.

"Selalunya memang ia terjadi secara kebetulan sebab kerja saya banyak bertemu janji dengan klien khususnya di luar. Bila ada kesempatan untuk bertemu Fouziah, saya aturkan temujanji di lokasi sama atau berdekatan dan lepas urusan kerja saya akan berjumpa dengan dia(Fouziah),"ujar Zhaf mengenai perkara ini.

Fouziah yang masih lagi ditemani pengurusnya turut memberikan jawapan sama apabila ditanya mengenai perkara ini. Malah ,dia menambah bahawa kini mereka berdua bukan sahaja sibuk untuk persiapan perkahwinan tetapi perniagaan usahasama mereka juga sedang memasuki fasa-fasa akhir sebelum ianya berada di pasaran.

"Perniagaan produk berasaskan sarang burung 'My Walet' iaitu nama sejenis sarang burung kini berada dalam persiapan terakhir sebelum dipasarkan tidak lama lagi. Sebab itu saya sering bersama Zhaf yang juga rakan kongsi saya menguruskan perkara ini.

"Lagipun sebelum ini pun memang saya selalu keluar bersama, cuma bila dah bertunang baru ramai perasan,"jawab aktres jelita berdarah kacukan ini.

Ditanya mengenai persiapan perkahwinan, Fouziah yang sebelum ini dikatakan bakal melangkah ke jinjang pelamin sekitar September masih belum menetapkan tarikh sebenar kerana sebab-sebab tertentu.

Namun begitu, bekas pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) itu mengakui akan menamatkan zaman bujangnya pada tahun ini juga. Dia serta Zhaf masing-masing terikat dengan masa dan jadual ahli keluarga terdekat yang sibuk menjelang penghujung tahun ini.

"Saya kena menunggu abang saya yang sekarang sibuk menguruskan perniagaan produk CCTV dan terpaksa berulang alik ke Amerika Syarikat dan Eropah. Zhaf juga mahu menunggu waktu cuti adik perempuannya yang melanjutkan pengajian di luar negara.

"Jadi kami memang belum ada tarikh yang sah dan persiapan pun semuanya ada dalam perancangan cuma satu pun tak dapat nak dimulakan selagi tiada tarikh. Tetapi jangan risau, jika sudah sampai masa saya akan umumkan tarikh tersebut,"ucap Fouziah lagi yang ditemui sebaik tamat majlis anjuran Pandora di Paradigm Mall, semalam.

Selain persiapan perkahwinan, Fouziah sekadar bersederhana menjelang Ramadhan dan Syawal tidak lama lagi. Tahun ini merupakan tahun pertama baginya menyambut Ramadhan tanpa bapa tercinta Allahyarham Mohd Gous Ghulam yang kembali ke rahmatullah pada 11 Ogos 2012, minggu terakhir Ramadan tahun lalu.

sumber : http://www.murai.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved