Kisah Cinta Nikita Willy

[x]

Kisah Cinta Nikita Willy

on Saturday, 6 July 2013

Baru-baru ini kehadiran Nikita ke Malaysia kali ini bagi melancarkan album sulungnya, Lebih Dari Indah.Selain bercerita tentang perkembangan kerjaya seninya, Nikita turut ditebak mengenai kisah percintaannya dengan pemain bola sepak kelahiran Belanda, Diego Muhammad Robbie Michiels.



Menjawab pertanyaan wartawan, dia menjelaskan hubungannya dengan Diego sudah berlanjutan selama dua tahun. Namun begitu, mereka terpaksa berjauhan memandangkan kekasihnya itu menetap di Palembang kerana mewakili kelab Sriwijaya FC.

"Walaupun sudah lama menjalinkan hubungan cinta, tetapi kami masih belum merancang untuk berkahwin. Lagipun kami berdua masih lagi muda dan biarlah kami menumpukan kepada kerjaya masing-masing dahulu.

"Sepanjang dua tahun menjalinkan hubungan cinta saya sangat selesa dengan Diego kerana dia merupakan seorang lelaki yang baik dan memahami diri saya sebagai seorang pelakon. Keluarga kami juga merestui hubungan yang terjalin ini," ujarnya.

Menurut Nikita, dia melahirkan rasa gembiranya apabila kekasihnya itu telah membuat keputusan untuk memeluk agama Islam pada Februari lalu.

"Memang ramai yang menyangka dia menukar agamanya semata-mata kerana saya, tetapi saya ingin menegaskan keputusannya itu tidak berkaitan dengan diri saya kerana ia dilakukan atas kerelaan hatinya.

"Dia ada memberitahu kepada saya bahawa keputusannya untuk menukar agama kerana sudah lama tertarik Islam memandangkan dia dibesarkan di kawasan kejiranan Islam semasa di Belanda dan mempunyai ramai rakan-rakan Muslim," jelasnya.



sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved