Lisa Surihani Teruja Kerja Dengan Suami

[x]

Lisa Surihani Teruja Kerja Dengan Suami

on Friday, 26 July 2013



Aktres Lisa Surihani buat julung kalinya bakal berlakon di bawah arahan suami tercinta, Yusry Abdul Halim dalam filem sains fiksyen ‘superhero’ Cicakman 3. Kata Lisa, dia begitu teruja apabila dapat berkerjasama dengan Yusry.

“Saya pernah ikut Yusry di set penggambaran, jadi saya sudah tahu bagaimana cara kerja dia. Saya sangat teruja untuk berlakon di bawah arahan Yusry. Kami juga sering berbincang tentang kerja,” kata Lisa ketika ditemui di majlis pra-pelancaran filem Cicakman 3, pada Rabu.

Bakal membawa watak isteri kepada Zizan Razak yang bernama Linda, Lisa menegaskan tidak akan wujud isu cemburu antara Yusry dan Zizan di set penggambaran.

“Kami profesional. Masalah cemburu ini tidak akan jadi isu. Malah, Yusry sendiri yang mencadangkan nama manja antara watak saya dan Zizan dalam filem ini,” jelas Lisa.

Tambah Lisa lagi, setiap babak dilakonkan atas kehendak pengarah. Maka sebagai pelakon, Lisa dan pelakon lain akan cuba penuhi arahan pengarah.

“Walau dengan siapa dan produksi mana pun saya berkerja, apa yang diminta oleh pengarah, saya akan penuhi. Begitu juga berkerja dengan Yusry. Dia sangat terbuka jika kami ingin berkongsi pendapat untuk mengembangkan watak masing-masing,” ujar Lisa.

Berbicara tentang pasangannya dalam Cicakman 3, kongsi Lisa, Zizan merupakan seorang yang sangat berjiwa besar dalam lakonan dan cepat belajar.

“Bila orang kata pelawak ni tak boleh serius dan sering main-main, tapi sebenarnya tidak. Zizan sangat komited dan Lisa kagum dia cepat belajar,” katanya.

Sementara itu, Zizan akui sedikit kekok untuk melakonkan watak suami kepada Lisa di hadapan Yusry lebih-lebih lagi dia belum pernah membawa watak seorang suami sebelum ini.

“Memang saya rasa sedikit kekok jadi suami Lisa. Jika dia belum berkahwin pun, saya tetap merasa kekok kerana saya belum pernah membawa watak sebegini. Tapi Lisa banyak membantu saya menghayati watak ini,” kongsi Zizan.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved