Pelik! Lelaki Ini Tidak Makan Minum Selama 70 Tahun

[x]

Pelik! Lelaki Ini Tidak Makan Minum Selama 70 Tahun

on Saturday, 27 July 2013



Berapa lama badan anda mampu bertahan tanpa makan dan minum?
Purata menunjukkan manusia mampu bertahan selama 50 hari tanpa makan dan minum dan rekod paling lama adalah 74 hari.

Namun, sesuatu yang agak mengejutkan apabila seorang lelaki di India, Prahlad Jani, 82 mendakwa yang dirinya tidak pernah makan dan minum selama 70 tahun.
Tambah mengejutkan, tanpa makan dan minum, dia mampu bertahan dan mampu menjalani rutin harian seperti orang lain.

Oleh kerana keunikan yang berlaku pada Prahlad, dia telah dikuarantin bagi tujuan kajian di sebuah hospital di Ahmedabad, dalam daerah Gujarat, India.
Selama enam hari diisolasi, Prahlad tidak pernah menyentuh makanan dan minuman serta tidak menunjukkan sebarang gejala penurunan stamina atau dehidrasi.

Pada masa yang sama, kajian masih lagi dijalankan bagi mendapatkan maklumat secara terperinci berkenaan ‘keunikan’ yang ada pada diri Prahlad.
Dalam tempoh isolasi itu juga, selain tidak makan dan minum, Prahlad juga tidak pernah membuang air kecil dan air besar.

Prahlad tetap menunjukkan sikap serta tingkah laku yang positif tanpa sebarang tanda-tanda kelemahan.
Doktor akan memantau dalam tempoh 15 hari lagi sebelum membuat konklusi serta kajian penuh pada Prahlad.Pihak perubatan turut memantau jika-jika Prahlad mengalami kekejanagn otot, dehidrasi yang serius sera kegagalan organ.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved