Sikap Ramah Fizz Fairuz Buat Wanita 'Cair'

[x]

Sikap Ramah Fizz Fairuz Buat Wanita 'Cair'

on Friday, 26 July 2013

Fizz Fairuz bersama bekas kekasihnya Almy Nadia


KUALA LUMPUR: Pelakon Fizz Fairuz mengakui sikapnya yang ramah membuatkan ramai wanita tersalah anggap kononnya dia menaruh hati terhadap mereka.
Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, berkata, hal itu mengundang rasa serba salah pada dirinya kerana dilihat seperti memberi harapan kepada individu berkenaan.

"Saya jenis yang cepat mesra dengan sesiapa sahaja, termasuklah wanita-wanita yang saya kenali.
"Tetapi lain pula jadinya apabila ada yang salah faham, yang mungkin menampakkan saya seperti memberi harapan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius, sedangkan tidak. Kadang-kadang, saya pula berasa serba salah," katanya kepada mStar Online.

Tambah Fizz, sejak kontroversi dia memutuskan ikatan pertunangannya dengan seorang wanita berstatus isteri orang, ada beberapa wanita lain yang mencuba nasib menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya.
Malah, ada juga golongan berstatus VIP cuba mendekatinya, namun Fizz hanya bersikap biasa dan enggan terburu-buru dalam melakukan sebarang keputusan kerana tidak mahu 'pisang berbuah dua kali'.
Terdahulu, Fizz pernah mencetuskan kontroversi apabila dia telah bertunang dengan isteri orang dalam sebuah majlis rahsia pada 10 Februari tahun lalu.
Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu dan seminggu selepas itu, Fizz memutuskan ikatan tersebut.

Sementara itu, ditanya pula status perhubungannya dengan bekas kekasih, aktres Almy Nadia, Fizz berkata, perhubungan mereka hanya sekadar teman biasa.
Bagaimanapun, ibunya, sesekali ada bertanya mengenai Almy dan mahu Fizz kembali menjalinkan hubungan semula.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, saya akan kahwin tahun ini atau mungkin tahun depan. Mak saya sekarang pun tengah sakit. Setiap hari dia tanya bila saya nak kahwin sedangkan saya pun tak ada jawapan bagi soalan itu.

"Ada juga dia tanya tentang Almy dan mahu kami berbaik. Kadang-kadang mak cuba jodohkan saya dengan anak kawan-kawannya tetapi saya pula tak berkenan. Apa-apa pun saya serah jodoh pada Allah," ujarnya.
sumber : http://titiburuk.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved