Adi selamat jalani pembedahan buang batu karang

[x]

Adi selamat jalani pembedahan buang batu karang

on Wednesday 21 August 2013


Pelakon Adi Putra, 32, selamat menjalani pembedahan membuang batu karang di saluran pundi kencingnya di sini hari ini.Menurut isterinya, Zuhaidah Yusof, 38, pelakon dan pengarah filem Suami Aku Ustaz itu menjalani pembedahan selama dua jam bermula 9.30 pagi tadi di Hospital Prince Court, di sini.

"Keadaan Adi stabil dan sekarang ini dia memerlukan rawatan intensif kerana masih mengalami kesakitan kesan daripada pembedahan. "Dia memerlukan rehat yang cukup dan buat masa sekarang segala aktiviti
seninya perlu ditangguhkan seketika sehinggalah sampai waktu yang sesuaikelak," katanya kepada Utusan Online di sini, hari ini.

Sebelum ini, Adi bersama pelakon Nora Danish dan Zizan Razak berada di Surabaya untuk menjalani penggambaran klip video bagi filem Suami Aku Ustaz.

Bagaimanapun keadaannya yang kurang sihat menyebabkan dia terpaksa bergegas pulang ke tanah air semalam. 
"Sebelum ke Surabaya, Adi memang mendapat rawatan di Hospital Prince Court. Ketika itu dia memang sakit tapi disebabkan tuntutan kerja, dia memohon untuk keluar.

"Doktor bagi pilihan, sama ada bergantung kepada ubat penahan sakit atau membuat pembedahan. Disebabkan kerja belum selesai, Adi pilih untuk bergantung kepada ubat penahan sakit.

"Sewaktu berada di Surabaya mungkin kesan ubat sudah habis, dia telefon beritahu saya yang dia sakit. Itu yang buat dia kembali ke tanah air," ceritanya.

Kata Zuhaida, setakat ini segala kegiatan seni suaminya terpaksa ditangguhkan dahulu dan Adi hanya akan kembali bekerja apabila disahkan sihat oleh doktor.
 sumber :  UTUSAN ONLINE
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved