Ada sebilangan peminat mengandaikan kecenderungan berfesyen seperti mengikut aliran fesyen jalanan Korea, menunjukkan seseorang artis itu kurang jati diri dan pelbagai tafsiran negatif lain. Itulah yang dirasakan oleh pelakon muda Nazim Othman yang sering memuat naik foto-fotonya mengenakan fesyen ala Korea di laman Instagramnya.
Menurut Nazim Othman, "Itu cara saya dan saya mempunyai stail saya sendiri. Saya tak mahu layan kalau ada sesiapa yang persoalkan apa yang saya pakai kerana tiada isu atau perkara negatif pun. Saya memakai mengikut kesesuaian diri saya, fesyen saya selesa dan yakin untuk menggayakan pakaian tersebut. Jadi, apa masalahnya?
Tambah Nazim lagi, "Saya tidak memilih pakaian yang menjolok mata, jadi tidak ada sebarang masalah untuk berfesyen bagi saya. Obses atau tidak itu bukan isu utama kerana itu gaya saya."
sumber :http://kezoom.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment