Bas Persiaran Terhumban Dalam Gaung di Karak, 10 Maut

[x]

Bas Persiaran Terhumban Dalam Gaung di Karak, 10 Maut

on Wednesday 21 August 2013

 Sebuah bas persiaran dilaporkan telah terhumban ke dalam gaung di KM3, Lebuh Raya Karak menghala Kuala Lumpur pada kira-kira jam 2.45 petang semalam.


Sehingga kini tiada laporan mengenai nasib penumpang bas persiaran terbabit. Di anggarkan seramai 49 penumpang masih belum diketahui.

Anggota Bomba dan Penyelamat kini dilaporkan sedang giat mengeluarkan mangsa kejadian.


Update - Setakat ini 10 mayat sudah ditemui manakala 15 lagi cedera apabila bas ulang-alik ke Genting Highland terhumban ke dalam gaung sejauh 60 meter di Kilometer 3.5 Jalan Genting-Karak, di sini, sebentar tadi.

Jurucakap Balai Polis Genting berkata, mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Katanya, anggota Bomba dan Penyelamat masih berusaha mengeluarkan baki mangsa dalam bas terbabit.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved