Black Hanifah Dedah Personaliti Tunang

[x]

Black Hanifah Dedah Personaliti Tunang

on Thursday 22 August 2013



Sebelum ini, penyanyi Black Mentor atau kini mahu dikenali sebagai Black Hanifah, lebih selesa untuk tidak bercakap mengenai kisah cintanya dengan bakal isteri, Naquia Yasirah atau Shira, namun ketika ditemui di sidang media khas pengumuman tarikh majlis perkahwinannya baru-baru ini, Black akhirnya sudi berkongsi mengenai perkenalannya dengan wanita kelahiran Pulau Pinang itu.

“Perjumpaan pertama kami adalah di Dataran Merdeka. Sebenarnya ketika itu saya baru saja selesai satu persembahan di Putrajaya, namun tiba-tiba kawan saya menghubungi memberitahu dia ada bawa seorang kawan. Saya terus pergi ke sana dan dari situlah bermulanya cinta pandang pertama kami,” ujar Black membuka bicara.

“Kami berkenalan sekitar November tahun lepas dan selepas dua bulan perkenalan, kami terus membuat keputusan untuk mengikat tali pertunangan. Ramai tanya kenapa cepat sangat, bagi saya, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan, jadi saya anggap ini jodoh saya. Mungkin dah sampai masa untuk saya berkahwin dan saya tak boleh lari daripada perkara ini,” ujar Black.

Berkongsi mengenai hari bahagianya yang tidak sampai sebulan saja lagi, Black atau nama sebenarnya, Hanifah Md Hanafiah turut memberitahu sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami.

“Memang selalu orang cakap dah bersedia, ya memang saya dah bersedia tapi tidak dinafikan, timbul juga rasa takut untuk melalui cabaran sebagai seorang suami. Apapun, sebagai persediaan, saya banyak membaca buku tentang alam rumahtangga. InsyaAllah, saya sudah bersedia dari segala aspek,” ujar Black yang baru saja menjalani kursus kahwin bersama tunangnya, pada bulan Ramadan lalu.

Menyentuh mengenai keistimewaan bakal isterinya itu, Black memberitahu Shira seorang wanita yang ringkas dan tidak memilih. Walaupun tunangnya berusia lebih dua tahun daripadanya iaitu 28 tahun, namun Black tidak kisah dan selesa untuk berdamping dengan wanita itu.

“Saya sangat selesa apabila bersama dengan dia. Saya tertarik dengan dia kerana dia kenal saya bukan sebab wang ringgit. Dia juga pandai memasak dan antara masakannya yang menjadi kegemaran saya ialah ikan stim. Saya juga tertarik dengan bakal isteri kerana dia seorang yang terpelajar. Apa yang penting, dia kenali saya bukan sebagai Black tetapi sebagai Hanifah,” tegas Black.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved