Pada sidang media khas berlangsung Selasa lalu, penyanyi berusia 26 tahun itu mengumumkan tarikh keramat yang menjadi saksi penyatuannya dengan Naquia Yasirah Mohd Khairi, 28, jatuh pada 13 September ini.
Bercerita mengenai perasaan bakal bergelar suami, Black berkata, keputusan untuk berkahwin diambil selepas dia bersiap-sedia secara mental dan fizikal.
“Tak perlu takut atau gentar pun untuk berkahwin. Ini adalah jodoh saya dan masanya sudah tiba. Saya tak boleh lari daripada jodoh. Walau macam mana saya lari atau pusing ke mana pun, kalau sudah masanya, saya perlu terima.
Tiada lagi teka-teki mengenai tarikh perkahwinan penyanyi Black yang hampir setahun dinantikan seluruh peminat. Beberapa bulan membisu, akhirnya pemilik nama sebenar Hanifah Md Hanafiah membuka mulut.

BLACK bersama ibu dan bapa
“Malah saya juga membaca pelbagai buku bagi menambah ilmu dan persiapan ke arah itu. Saya dan tunang menghadiri kursus (perkahwinan) selama dua hari pada bulan puasa lalu,” katanya.Juara program Mentor musim ketiga itu berkata, wanita yang menjalankan perniagaan keluarga sendiri itu menepati pencariannya kerana memiliki sikap yang ringkas dan bersesuaian dengannya.
“Dia menerima saya seadanya dan sikap itu membuatkan saya berasa senang. Pada awal perkenalan kami, dia tidak kenal pun saya sebagai penyanyi.
“Saya ingat lagi ketika kami mula-mula diperkenalkan seorang kawan di Dataran Merdeka pada November lalu, dia baru balik belajar dari Australia dan tidak tahu saya penyanyi.
“Mungkin sudah jodoh, kami hanya berkawan dua bulan dan saya ambil keputusan bertunang pada Januari lalu sebelum memutuskan September nanti untuk berkahwin,” katanya yang masih berahsia mengenai jumlah wang hantaran majlis berkenaan.
Mengenai majlis pernikahan yang akan berlangsung di Zebra Square, Jalan Kampung Pandan, Black berkata, tarikh itu menjadi pilihan bagi mengambil keberkatan hari Jumaat.
“Saya pilih 13 September kerana ia jatuh pada hari Jumaat. Ia adalah hari yang afdal untuk seorang Muslim melangsungkan pernikahan. Insya-Allah, majlis akan berlangsung sekitar jam 11.30 pagi sebelum waktu solat Jumaat.
“Selepas itu, majlis resepsi pula menyusul jam 8 malam keesokan hari (14 September) di sini juga. Saya buat satu majlis saja untuk kedua-dua belah keluarga, senang dan ringkas.
“Itu pun semua urusan majlis dikendalikan syarikat pengurusan saya, 8Unit dan Monkey Bone. Mereka bersungguh-sungguh ingin membantu,” katanya.
Penyanyi lagu Teman Pengganti itu berkata, selain majlis resepsi berkonsepkan Taman Inggeris itu, keluarganya akan menganjurkan sebuah majlis bagi meraikan penduduk setempat kampung halamannya di Pantai Dalam, Kuala Lumpur pada 15 September di Padang PPR Kerinchi bermula 12 tengah hari hingga 4 petang.
“Apabila saya berjumpa dengan penduduk di kawasan saya, mereka selalu bertanya mengenai majlis perkahwinan. Jadi saya fikir perlu adakan sebuah majlis di tempat saya bagi meraikan mereka.
“Saya akan import empat tukang masak khas dari kampung keluarga di Baling, Kedah untuk sediakan hidangan khas untuk tetamu nanti,” katanya.
Dalam pada itu, ayah Black, Md Hanafiah Che Din berkata, keputusan penya nyi itu untuk mendirikan rumah tangga mendapat restu sepenuhnya daripada keluarga.
Katanya, sebagai bapa dia hanya mengharapkan yang terbaik agar Black dapat mengharungi bahtera perkahwinan itu kelak sebaik mungkin.
“Sebagai ayah sudah tentu saya berasa gembira apabila dia buat keputusan untuk berkahwin. Pada saya, sama ada dia bujang atau berkahwin dia tetap perlu menghadapi apa juga masalah dalam kehidupan.
“Saya hanya mendoakan yang terbaik agar dia dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga nanti dengan baik,” katanya.
Mengulas mengenai majlis perkahwinan, Md Hanafiah berkata, sebolehnya dia memang mahu upacara penting itu dikendalikan ahli keluarga sepenuhnya namun akur dengan kedudukan Black yang berada di bawah pengurusan 8Unit.
Selain ayah, majlis pengumuman itu turut dihadiri ibu Black, Muslamah Othman, 59, dan Ketua Jabatan Pengurusan 8 Unit-Monkey Bone, Jacynta Au-Yong.
sumber : http://www.hmetro.com.my/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment