Dayana Kamal, Bekas Isteri Naza The Times, Meninggal Dunia

[x]

Dayana Kamal, Bekas Isteri Naza The Times, Meninggal Dunia

on Saturday, 24 August 2013

Innalillah. Malam tadi terkejut kami lepas mendapat berita bahawa Dayana Kamal atau nama sebenarnya Wan Noor Diana Binti Mohd Kamarulzaman telah kembali kerahmatullah kerana terlibat dalam satu kemalangan maut di Kilometer Dua Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.

Dayana Kamal adalah bekas isteri kepada vokalis The Times iaitu Naza. Oh! Artis pernah membuat cover-up gambar-gambar Dayana Kamal ketika masih lagi bahagia bersama Naza dan anak mereka bernama, Amanda. Boleh rujuk artikel kami bertajuk (Gambar) anak dan bekas isteri Naza The Times.

Tiga rentung, kereta terbakar

KOTA BHARU 18 Okt. – Hasrat seorang warga Amerika Syarikat, Gonzales Christopher, 25, yang baru tiba di negeri ini untuk merasai kelazatan sup belut tertunai selepas dibawa oleh tiga sahabat barunya ke sebuah gerai tengah malam tadi.
Namun sup itu menjadi menu terakhirnya apabila dia bersama dua lagi rakan termasuk seorang wanita terbunuh selepas kereta dinaiki mereka merempuh tembok sebuah jambatan ketika mengelak seekor kucing.
Lebih tragis kemalangan pada pukul 4.15 pagi di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di Kampung Bunut Payong di sini, turut mengakibatkan ketiga-tiga mereka rentung apabila kereta Proton Persona tersebut terbakar.
Dua rakan mangsa yang terbunuh ialah Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, berasal dari Tanah Merah dan wanita dikenali sebagai Diana (Dayana), 22, dari Ketereh.
Pemandu kereta, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, bagaimanapun terselamat selepas merangkak keluar dari kereta miliknya itu tetapi melecur hampir 18 peratus anggota badannya.
Tengku Ahmad ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) hari ini berkata, dia bersama Tengku Shamsu dan Diana baru sahaja mengenali Christopher di sebuah hotel, di sini malam tadi.
‘‘Dia (Christopher) teringin makan sup belut dan oleh itu saya ajak dia keluar tengah malam tadi untuk menikmatinya di sebuah gerai yang masih dibuka.
‘‘Kami berkenalan sebab dia seorang penyelidik dan memerlukan beberapa maklumat daripada saya mengenai penduduk negeri ini,’’ katanya yang bekerja di Jabatan Perangkaan Kelantan.
Tengku Ahmad memberitahu, kemalangan tersebut berpunca daripada tindakannya yang cuba mengelak seekor kucing melintas menyebabkan kereta dipandunya hilang kawalan.
‘‘Saya tidak memandu laju tetapi terkejut apabila lihat kucing tiba-tiba melintas lalu gagal mengawal stereng dan merempuh tembok sebuah jambatan.
‘‘Sebaik rempuhan itu berlaku saya pengsan seketika dan apabila sedar saya terhidu bau hangit seperti benda terbakar.
‘‘Saya berusaha sedaya upaya merangkak keluar untuk menyelamatkan diri dan tidak tahu apa yang berlaku terhadap tiga lagi rakan saya,’’ jelasnya.
Katanya, selepas berjaya keluar dari kereta tersebut dia pengsan sekali lagi dan tersedar apabila berada di HRPZ II.
Sementara itu, Pegawai Kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim, Ghani Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada pukul 5.13 pagi.
Katanya, 12 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darul Naim dan Kota Bharu tiba ke tempat kejadian beberapa minit selepas itu.
‘‘Ketika tiba kereta itu telah terbakar dan dua mangsa terperangkap di dalamnya manakala seorang lagi berada di bawah kenderaan tersebut.
‘‘Bomba memerlukan kira-kira 20 minit untuk memotong kereta yang telah hangus itu bagi mengeluarkan kesemua mangsa,’’ katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, dalam kes berlainan, seorang lelaki maut dalam kemalangan selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah bas di persimpangan lampu isyarat berhadapan Pasar Raya KB Mall.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, mangsa, Che Hashim Che Ibrahim, 42, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua kejadian tersebut dan masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca. – Utusan Malaysia.
KOTA BHARU 19 Okt. – Hampir setahun lalu, adiknya, Wan Ikmal Hisham Mohd. Kamarulzaman menemui ajal selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Gua Musang.
Semalam, Wan Noor Diana atau lebih dikenali sebagai Dayana Kamal, pelakon filem Black Maria turut mengalami nasib yang sama apabila rentung bersama dua rakannya dalam kemalangan yang berlaku di Kampung Bunut Payung di sini.
Dayana, 22, yang turut membintangi beberapa drama televisyen antaranya Sumayyah, Rumah Itu Dunia Aku dan Ayah Kami, merupakan salah seorang daripada tiga mangsa kemalangan selepas kereta Proton Persona yang mereka naiki terbabas lalu merempuh tembok jambatan di Jalan Kota Bharu-Kuala Krai.
Malah, Allahyarham baru-baru ini sempat memaklumkan kepada keluarganya yang dia berhasrat untuk terus menetap di kampung kelahirannya.
Bapa Dayana, Mohd. Kamarulzaman Mohd. Nor, 44, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Chempaka di sini berkata, dia sangat sedih dengan nasib malang yang menimpa dua orang anaknya itu.
”Saya langsung tidak sangka nasib sebegini menimpa keluarga saya. Dayana adalah anak sulung saya dan kira-kira setahun lepas, adiknya turut terbunuh dalam kemalangan.
”Saya terima ketentuan ini… tetapi ia memang perit sampai saya sendiri tidak dapat memikirkan apa-apa lagi selain berserah kepada takdir,” katanya sebak.
Dalam kejadian pukul 4.15 pagi semalam, Dayana bersama dua rakannya, Tengku Shamsu Tuan Ibrahim, 25, dan seorang warga Amerika Syarikat, Gonzales Christopher, 25, maut dalam nahas ngeri yang dikatakan berpunca daripada tindakan cuba mengelak seekor kucing.
Kereta yang mereka naiki terbabas lalu terbakar selepas merempuh tembok sebuah jambatan di Kampung Bunut Payung.
Pemandu kereta tersebut, Tengku Ahmad Nazim Tengku Azizan, 30, terselamat dalam kejadian itu namun 18 peratus daripada anggota badannya melecur teruk.
Menurut Mohd. Kamarulzaman yang merupakan peniaga kereta import, dia mendapat tahu berita itu daripada seorang rakan ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk balik semula ke Kelantan tengah hari semalam.
Ketika itu, katanya, dia bersama isteri, Wan Norhayati Ismail, 47, dan dua lagi anak mereka iaitu Wan Ikmal Farizul, 19, dan Wan Abby Batrishia, 9.
Menurutnya, anak sulungnya itu pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan The Times, Nataza Mohamad, meninggalkan seorang anak, Dayang Fatihah Amanda Nataza, 4.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira pukul 11.30 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Mata Pasir, Kampung Chempaka.
Sementara itu, ibunya, Wan Norhayati berkata, anaknya bukan sahaja hendak membina karier di negeri ini malah dari segi peribadi, Dayana turut ingin berubah.
”Seminggu sebelum kejadian, dia ada meminta saya untuk mencarikan seorang ustazah tempat belajar agama malah sejak kembali ke sini, dia mula mendekatkan dirinya dengan al-Quran.
”Kalau dulu dia tidak pakai tudung tapi masa bulan Ramadan sampailah ketika dia meninggal, dia tidak pernah lagi meninggalkan penutup aurat itu,” ujarnya.
Tambahnya, dia dan suaminya akan mengambil alih peranan untuk menjaga Dayang Fatihah yang amat memerlukan belaian kasih sayang.
sumber:  http://ohartis.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved