Melalui gambar-gambar yang dikongsikan di Instagram miliknya, dapat dilihat kebahagiaan jelas terpancar di wajah penyanyi kebanggaan negara itu.
Menariknya, dalam banyak-banyak ucapan tahniah yang diterima Dato’ Siti, terselit juga tweet daripada anak Datuk K bersama bekas isterinya, Asyraf Khalid yang turut sama mendoakan kebahagiaan bapa dan ibu tirinya.
Walaupun masih belum dikurniakan anak, namun kehidupan Dato’ Siti dilihat tidak sunyi dengan kehadiran anak-anak tiri yang cukup mesra dengan dirinya.
Bagi yang mungkin terlupa, Dato’ Siti telah mendirikan rumahtangga dengan Datuk Seri Khalid Muhammad Jiwa pada 21 Ogos 2006 dan majlis perkahwinan mereka itu mendapat jolokan ‘Wedding of the Decade’.
Untuk peminat-peminat Dato’ Siti, di bawah ini disertakan beberapa keping foto terkini penyanyi kesayangan anda yang semakin jelita dan kelihatan lebih bahagia.
sumber : http://www.ohbulan.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment