Gambar Suspek Pembunuh Upahan Menyerupai Wajah Ketua Polis!

[x]

Gambar Suspek Pembunuh Upahan Menyerupai Wajah Ketua Polis!

on Wednesday 7 August 2013

Gambar yang ketika ini sedang menjadi viral di internet menunjukkan seorang pegawai polis Malaysia kelihatan seperti suspek pembunuh upahan yang sedang diburu.


Gambar suspek ditunjukkan kepada media.

Datuk Ku Chin Wah, yang mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, kelihatan seperti seorang lelaki berusia 44 tahun di dalam poster seorang penjenayah yang sedang ditunjukkan kepada media semasa sidang akhbar.

Lelaki dalam gambar, Kong Swee Kwan, dipercayai menjadi dalang di sebalik pembunuhan Hussain Ahmad Najadi, pengasas Bank Arab-Malaysia atau Ambank. Najadi meninggal dunia selepas ditembak di dada manakala isterinya, Cheong Mei Kuen mengalami kecederaan serius.

"Beliau sedang memegang gambar sendiri?", kata seorang pengguna, "Saucy" ketika melihat gambar tersebut.

Seorang pengguna lain pula berkata, "Polis dan gambar suspek seperti adik-beradik".

Ada pula yang menyimpulkan bahawa kes ini telah berjaya diselesaikan. Pembunuh sedang memegang gambar sendiri!

Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

Inspiron said...

Biar betoi...
www.videokiki.com


11 August 2013 at 22:30

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved