Izzue Islam Jaga Batas Kerana Isteri

[x]

Izzue Islam Jaga Batas Kerana Isteri

on Monday 12 August 2013

Izzue menjaga batas dalam pergaulan bersama pelakon wanita supaya ia tidak menimbulkan salah faham pihak lain.


PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi Izzue Islam lebih menjaga batas dalam pergaulan bersama pelakon wanita supaya ia tidak menimbulkan salah faham pihak lain.

Menurut Izzue atau nama sebenarnya, Muhammad Izzul Islam Mazlan, 23, walaupun isterinya, Nurinafilah Waharudin, 31, (Awin) memahami tugasnya sebagai selebriti namun dia tetap perlu menjaga perasaan wanita itu.

"Awin tidak ada masalah jika saya digandingkan dengan mana-mana pelakon wanita tetapi sebagai suami saya tidak mahu keterlaluan atau melampaui batas kerana tidak mahu orang luar salah faham dan menjaga hati isteri," katanya.

Izzue dan Awin, 31, selamat bergelar suami isteri pada 2 Jun lalu dengan sekali lafaz selepas menyulam cinta selama enam tahun.

Dalam pada itu, dia tidak pernah risau popularitinya akan merudum apabila berkahwin pada usia muda kerana yakin dengan rezeki yang ada.

Malah katanya, sejak berkahwin, rezekinya dalam bidang lakonan semakin banyak dan mengakui kini sibuk melunaskan semua tanggungjawab yang diamanahkan.

"Saya tidak pernah risau dengan soal itu kerana rezeki itu daripada Allah. Alhamdulillah sejak berkahwin rezeki saya masih ada dan itu adalah berkat berkahwin," katanya.

Dalam perkembangan lain, Izzue bakal muncul dengan dua filem iaitu Hantu Tok Mudimdan Aku Bukan Ustaz serta drama terbitan Suhan Movies, Sahabat.
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved