KALUT, Izzue Islam Berhasrat Nikah Kali Ke Dua?

[x]

KALUT, Izzue Islam Berhasrat Nikah Kali Ke Dua?

on Thursday 22 August 2013

Pasti ramai yang terkejut bila membaca tajuk di atas? Betul ke Izzue Islam nak bernikah dua? Adakah kisah poligami yang berlaku di kalangan selebriti sebelum ini telah mendorong Izzue untuk menambah bilangan isteri?

Apapun, itu kes Izzue Islam bernikah dua hanya berlaku dalam pementasan teater sahaja.

Untuk pengetahuan semua, Izzue bakal berlakon teater buat pertama kalinya di dalam sebuah pementasan berjudul Maduku…Kalut pada 27 hingga 30 September 2013 di Istana Budaya.

Selain daripada Izzue Islam, ianya turut dibintangi oleh pelakon teater dan drama, Nad Zainal di samping Jihan Muse dan Karl Shafek sebagai teraju utamanya.

Di bawah arahan Azhar Zainal, Maduku…Kalut mengisahkan tentang seorang pemandu teksi bernama Selamat (Izzue Islam) yang merahsiakan hidup berpoligami daripada pengetahuan kedua-dua isterinya.

Kekalutan demi kekalutan terus berlaku hingga menyebabkan Selamat tersepit dengan penipuannya sendiri.

Tiket-tiket yang dijual bermula dari RM35, RM55, RM85 dan RM155 untuk harga platinum yang membolehkan anda menemui barisan pelakon dalam sesi ramah mesra dan makan bersama mereka. Selain itu tiket juga boleh didapati di airasiaredtix.com
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved