Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Kandung Akhirnya Meninggal Dunia

[x]

Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Kandung Akhirnya Meninggal Dunia

on Tuesday, 27 August 2013



IPOH – Kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa dera ibu kandungnya sendiri akhirnya meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini petang ini.

Dia dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sejak 16 Ogos lalu.

Ibunya, Choong Mee Chin, 30, sebelum ini telah didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiayai anaknya dengan cara memukul kepala dan seluruh badannya dengan menggunakan sebatang rotan di ruang tamu rumah No 19 Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, pada kira-kira jam 9 pagi, pada hari berkenaan.



Bagi tuduhan kedua pula, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas anaknya itu di tempat dan masa yang sama.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan meminta dirinya dibicarakan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dihantar untuk pemeriksaan psikiatri selama sebulan di Hospital Bahagia Hulu Kinta.

Kes itu ditetapkan untuk sebutan semula pada 20 September depan. 
sumber :- Mynewshub.my



Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved