Kareena Kapoor Tidak Mahu Beranak

[x]

Kareena Kapoor Tidak Mahu Beranak

on Thursday 22 August 2013


Setiap pasangan yang berkahwin menginginkan cahaya mata tetapi lain pula halnya dengan Kareena Kapoor yang mendirikan rumah tangga dengan Saif Ali Khan, tahun lalu. Jelitawan Bollywood itu masih tidak mahu beranak.

“Sebelum berkahwin, orang asyik bertanya bila kami akan berkahwin dan selepas berkahwin mereka bertanya pula bila saya akan beranak. Siapa tahu, mungkin saya tak mahu ada anak. Usia saya sudah 32 tahun dan Saif sendiri mempunyai dua anak menerusi perkahwinan pertamanya dulu.

“Kami berdua bukanlah pasangan suami isteri India yang tipikal apabila berkahwin mesti kena ada anak. Saya dan Saif orang moden dan anak bukanlah utama dalam sesebuah perkahwinan,” katanya memberi hujah.
Dua anak Saif dengan bekas isteri terdahulu, Amrita Singh adalah Sara Ali Khan dan Ibrahim Ali Khan.

Selain itu Kareena juga mendedahkan yang mereka berdua berusaha keras untuk mencapai keserasian. Kareena pernah dinobatkan wanita paling jelita di Bollywood dan Saif pula digelar lelaki paling bergaya. Mereka kini pasangan suami isteri yang paling ‘dicemburui’ ramai di Bollywood.

Barangkali daripada pandangan luaran mereka adalah pasangan paling sepadan tetapi sebenarnya mereka berdua banyak melakukan pengorbanan untuk hidup bersama. Kareena akui pada peringkat awal sukar untuk dia mencari persamaan dengan Saif.

“Saya boleh rapat dengan Saif kerana dia kelakar dan suka melakukan perkara yang mencabar. Saif lelaki paling bergaya dan pada masa dia suka berfoya-foya,” katanya.

Mereka berdua suka membeli-belah dan hobi itu merapatkan lagi hubungan mereka. Apabila keluar bersama, Kareena akan membantu suaminya memilih kotak kayu yang menjadi koleksi Saif dan Saif pula akan memenuhi selera isterinya yang suka mengumpul barangan hiasan daripada China. Kareena turut mendedahkan rahsia kebahagiaan mereka dalam bukunya yang berjudul The Style Diary of A Bollywood Diva
sumber : http://www.hmetro.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved