Sylvester Mwendwa.
Dua lelaki Kenya menandatangani sebuah perjanjian untuk "menikahi" seorang perempuan yang sama.
Perempuan ini diketahui mempunyai hubungan asmara dengan dua lelaki tersebut selama lebih dari empat tahun dan dia menolak untuk memilih satu di antara mereka untuk dijadikan suami.
Dua lelaki yang diketahui bernama Sylvester Mwendwa dan Elijah Kimani itu kemudian membuat perjanjian untuk "berkongsi isteri" dengan membuat jadual tinggal di rumah sang wanita.
Mereka juga berjanji untuk membantu membesarkan setiap anak hasil cinta mereka dengan si isteri.
Mwendwa kepada BBC mengatakan bahawa dia mencintai perempuan tersebut dan mengatakan kontrak perjanjian ini akan "memasang batas" dan "menjaga keamanan."
Kuasa undang-undang mengatakan "perkahwinan" hanya boleh diakui apabila mereka boleh membuktikan poliandri - di mana seorang wanita mempunyai lebih daripada satu suami - sebagai sebahagian daripada kebudayaan mereka.
Wartawan BBC di Nairobi, Kenya, melaporkan poliandri tidak umum diamalkan di setiap komuniti di Kenya.Warga juga mengaku kaget atas "perkahwinan" ini, dan menilai hal tersebut tidak pantas dalam kebudayaan, agama atau undang-undang mereka.
Bagaimanapun, Mwenda tetap membela "perkahwinan" ini dengan mengatakan bahawa dia mungkin telah melanggar undang-undang, tetapi dia memutuskan untuk melakukan perjanjian dengan Kimani untuk menamatkan persaingan mereka.
"Akan menjadi sangat berbahaya apabila lelaki lain akan datang ke rumahnya dan menangkap saya ... Jadi perjanjian ini adalah bagus untuk memasang batas dan membantu kami menjaga keamanan."
Perkahwinan ini juga mendapat kelulusan daripada pegawai dasar komuniti setempat Adhalah Abdulrahman yang meminta kedua lelaki tersebut menikahi satu perempuan setelah dia melihat mereka berkelahi di kediaman perempuan itu di Mombasa, demikian laporan akhbar tempatan Daily Nation.
"Kami bersetuju bahawa mulai hari ini kami tidak akan mengancam atau cemburu kepada isteri kami, yang mengatakan dia tidak bersedia melepaskan satu diantara kami," demikian isi kesepakatan tersebut seperti yang dilaporkan televisyen Kenya, NTV.
"Setiap orang akan menghormati hari yang dijadualkan bagi masing-masing. Kami sepakat untuk saling mencintai dan hidup dalam kedamaian. Tidak ada yang memaksa kami untuk membuat perjanjian ini," tambahnya.
Mwendwa mengatakan orang tua sang perempuan juga memberikan doa restu, dan dia merancang untuk memberikan mahar pernikahan.Perempuan yang diketahui seorang janda beranak dua tersebut meminta agar namanya dirahsiakan.
Mwenda kepada BBC mengatakan dia menikahi perempuan itu bukan kerana untuk keperluan seksual, tetapi kerana dia mencintainya dan terutama anak-anaknya.
"Saya belum pernah dipanggil ayah dan dua anaknya memanggil saya ayah," katanya.
Dia berharap mempunyai anaknya sendiri dengan perempuan itu, tetapi keputusannya ada di tangan perempuan.
"Dia seperti pengadil penengah. Dia boleh mengatakan ingin memiliki anak dari saya atau rakan saya," katanya.

sumber : http://realitiabadi.blogspot.com/
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment