Neelofa Kecewa Filem Tidak Laku

[x]

Neelofa Kecewa Filem Tidak Laku

on Thursday 22 August 2013

Pelakon dan pengacara, Neelofa enggan mengulas lebih lanjut mengenai sambutan yang kurang memberangsangkan terhadap filem terbaru lakonannya, 'Lemak Kampung Santan'. Kata Neelofa, tanggungjawabnya hanya berlakon dan isu tersebut seharusnya dijawab oleh penerbit sendiri.
“Hal ini tak seharusnya diajukan kepada saya kerana tugas saya hanya berlakon. Penerbit yang sepatutnya menjawab tentang isu ini,” kata Neelofa tidak rela berkongsi suami ketika dihubungi baru-baru ini.


Neelofa yang baru sahaja selesai menjalankan penggambaran filem 'Gangster Superstar' arahan Kabir Bhatia enggan mengulas lanjut kerana bimbang wujud pelbagai spekulasi jika dia mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya ada pendapat saya sendiri tapi saya tak sedia berkongsi. Jika saya buka mulut, nanti macam-macam cerita lain yang keluar,” jelas Neelofa yang baru putus cinta dengan Hans Isaac.

Baru-baru ini, penerbit dan pengarah Hans Isaac meluahkan rasa kecewa melalui akaun Twitter apabila filem arahannya Lemak Kampung Santan tidak mendapat sokongan penuh daripada pelbagai pihak sehingga filem tersebut mungkin hanya akan ditayangkan sehingga hari ini (Rabu) sebelum ia ditarik daripada pawagam.
sumber : http://www.mohdrohaizad.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved