Pekin Ibrahim Mahu Kahwin Cepat

[x]

Pekin Ibrahim Mahu Kahwin Cepat

on Thursday 22 August 2013



Pekin Ibrahim mengakui biarpun sudah lama mengenali Uqasha Senrose, namun bibit-bibit cinta antara mereka bermula apabila bergandingan dalam filem 'Paku Pontianak.

“Pertama kali berjumpa dengan Uqasha, saya terus bertanya kepada dia sama ada dia ingin berkahwin dengan saya atau tidak. Memang dia tercengang dengan soalan yang saya berikan secara tiba-tiba itu, namun dia memberikan jawapan 'ya'. Itu yang membuatkan kami menjadi semakin rapat,” ujar Pekin berkongsi cerita ketika ditemui di majlis pratonton filem 'Paku Pontianak' di Sunway Pyramid, baru-baru ini.

Pekin juga mengakui sebelum dia bertemu Uqasha, dia sebenarnya langsung tidak menyimpan niat untuk berkahwin. Malah, memandang sambil lewa isu kahwin. Uqasha adalah wanita yang berjaya membuka pintu hatinya untuk berkahwin.

Mengulas tentang perancangan kahwinnya pula, Pekin memberitahu kalau boleh dia mahu berkahwin dalam waktu terdekat, namun dia akur perkahwinan memerlukan persiapan yang rapi serta perlu dirancang dengan teliti.

“Saya mengharapkan agar orang ramai mendoakan yang baik-baik buat kami. Jika diikutkan hati, saya tidak mahu bertunang lama-lama. Mungkin bertunang pada sebelah pagi dan berkahwin pada sebelah malam pula,” ujar Pekin.

Selain itu, Pekin turut berkongsi yang dia begitu teruja untuk kembali menjalani penggambaran filem 'Rock 3' yang masih mengekalkan semua pelakon sebelum ini. Dia kini sedang dalam proses untuk menurunkan berat badan untuk wataknya dalam filem tersebut.
sumber : http://www.gua.com.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved