Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Kahwin Tahun Hadapan

[x]

Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Kahwin Tahun Hadapan

on Thursday 22 August 2013

Alhamdulillah. Lega hati apabila mendengar perancangan yang telah diaturkan oleh pasangan kekasih ini. Pastinya Uqasha Senrose lebih berbunga-bunga hatinya apabila Pekin memaklumkan mereka berdua bakal berkahwin tahun hadapan. Semoga segalanya dipermudahkan buat mereka berdua.

Berkata kepada Sinar Harian hari ini, Pekin bercerita mengenai perancangannya bersama Uqasha. Kata Pekin:-
Kalau diikutkan, esok juga saya ingin berkahwin dengan uqasha tapi banyak pula proses yang perlu diselesaikan. Lagipun ia bukan perkara main-main dan saya sangat berharap hubungan kami akan ke jinjang pelamin.
Sebenarnya saya tak pernah terfikir untuk kahwin. Tetapi sejak terpandang Sha di pejabat MIG, saya terus ajak dia berkahwin. Saya tidak tahu apa yang ada dalam kepala saya ketika itu. Apabila jumpa dia, saya terus sedar dialah calon isteri terbaik untuk saya.
Julai lalu saya telah merisik Uqasha dan ia boleh dikira sebagai majlis pertunangan kami secara tak rasmi. Dan kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga dalam masa setahun lagi.



Harap-harap perancangan Pekin dan Uqasha akan menjadi kenyataan. Yang penting, sudah ada perancangan. Nampak sikit keseriusannya di situ. Artis lain bercinta bagai nak rak tapi bila tanya bab kahwin semua pun mengelak. Hehehe. Untunglah Uqasha dapat kekasih yang memandang jauh ke hadapan. Semoga hubungan anda terus kekal bahagia sehingga majlis perkahwinan kelak.
sumber : http://beautifulnara.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved