
Pattinson, 27, dikatakan telah mengasari muka seorang pengawal keselamatan di luar bangunan pusat hiburan Troubadour pada Jumaat lalu selepas dia ditolak dan menyebabkan cermin matanya terjatuh ke lantai.
Dalam satu klip video yang dirakamkan, aktor yang popular menerusi filem puntianak romantik, Twilight itu dilihat sangat seronok ketika meninggalkan bangunan berkenaan.
Bagaimanapun, dia secara tiba- tiba berhenti dan memegang muka pengawal tersebut dengan kasar.
Pengawal keselamatan itu cuba menyekat jurugambar daripada mengambil gambar Pattinson. Dia kemudian memberitahu Patttinson bahawa pelakon itu sudah tersalah orang.
"Kenapa kamu mengasari seorang pengawal yang tidak bersalah? Dia tidak buat apa-apa selain daripada melindungi kamu," kata satu suara dalam video berkenaan.
Terdahulu, bintang Hollywood itu muncul di pusat hiburan tersebut untuk menyaksikan persembahan rakan baiknya, Bobby Long. -Agensi
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment