Saya Kurangkan Imej Pelik Kerana Anak Bertudung - Didie Alias

[x]

Saya Kurangkan Imej Pelik Kerana Anak Bertudung - Didie Alias

on Wednesday 21 August 2013




Pelakon Didie Alias yang sinonim dengan imej yang pelik dan unik setiap kali muncul ke majlis anugerah kini mengambil langkah untuk mengurangkan sedikit imej peliknya selama ini kerana menghormati empat anak perempuannya yang sudah bertudung.

Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 40, yang tampil di majlis Anugerah Lawak Warna baru-baru ini dengan imej yang lebih elegant berkata, sebagai ibu dia perlu menjaga penampilan diri dan tidak terlalu berlebih-lebih kerana enggan anak-anaknya pula terkena tempias kritikan masyarakat.

“Sekarang ini anak-anak perempuan saya semua sudah berhijab. Dan saya sebagai ibu tidak mahulah melihat mereka dikritik hanya kerana penampilan saya. Bagaimanapun unsur-unsur pelik masih lagi ada, cuma ia tidaklah keterlaluan seperti sebelum ini. Dan fesyen yang dibawakan mengikut kesesuaian tema majlis,” jelas Didie Alias.

Didie mempunyai lima orang anak termasuk seorang anak lelaki iaitu Nur Dania, 20, Muhammad Danial, 19, Nur Dinie, 17, Nur Danie, 15 dan Nur Diana, 14. Didie juga memberitahu bahawa perubahan imejnya juga dibuat berdasarkan komen-komen umum di laman sosial dan akan menukarkannya jika ada gaya yang kurang disenangi masyarakat.

Bagaimanapun, dalam usaha Didie memperbaiki gaya penampilannya, dia bersedia menerima kritikan.
sumber : http://wwwsaja-saja.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved