TERKINI: lagi kes tembak kini di PENANG!!!!!

[x]

TERKINI: lagi kes tembak kini di PENANG!!!!!

on Friday 9 August 2013




GEORGETOWN – Seorang lelaki ditembak mati ala geng mafia selepas berhenti di persimpangan lampu isyarat Jalan Anson di sini. 
Dia ditembak mati dari jarak dekat pada kira-kira pukul 11.50 pagi Khamis 

Menurut Ketua Polis Daerah Georgetown Asisten Komisioner Gan Kong Meng, si mati berketurunan India, berusia 37 tahun dan tinggal di Air Itam, Pulau Pinang. 
Dia mempunyai tiga rekod jenayah lampau melibatkan kes narkotik. 

Ketika kejadian mangsa sedang memandu kereta mewah BMW dengan nombor pendaftaran KUala Lumpur, walaupun kereta tersebut dikhabarkan dipinjam daripada seorang rakan. 
Difahamkan penembak melepaskan lebih daripada 15 das tembakan kerana berbilang kelongsong peluru ditemui di tempat kejadian. 

Gan mengesahkan mangsa ditembak sebanyak 14 kali dan kebanyakannya di kepala. 
Ahli patologi Hospital Pulau Pinang, Datuk Dr Bhupinder Singh turut berada di tempat kejadian. 

Sumber : mStar
Ranking: 5

{ 1 comments... read them below or add one }

PERSATUAN KEBAJIKAN INSANIAH NEGERI JOHOR said...

malaysia da smakin panas dngan kes tembak mnembak skang....aduyaiiii


10 August 2013 at 12:24

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved