Tiz Zaqyah Mahu Kekasih Hayati Dunia Artis

[x]

Tiz Zaqyah Mahu Kekasih Hayati Dunia Artis

on Thursday, 1 August 2013

Tiz Zaqyah mahu kekasihnya, Daniel Haziq, faham selok-belok dunia hiburan agar tidak timbul rasa curiga dengan membawanya ke majlis-majlis tertentu.

Menurut Tiz Zaqyah lagi, dia mahu kekasihnya itu dapat melihat bagaimana kehidupan golongan artis selain bersedia untuk berhadapan dengan teman-teman media dan juga peminat.

"Ya, saya ada bawa dia ke beberapa majlis hiburan salah satunya adalah kerana untuk beri pendedahan bagaimana situasi saya bekerja.

"Tapi dia agak pemalu sedikit dan tidak mahu di temu ramah atau diambil gambar bersama," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Jodoh Itu Milik Kita, di sini, Selasa.

Tambah Tiz, setakat ini, mereka masih belum merancang untuk melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan tersebut.

"Kami belum fikir lagi untuk bertunang atau berkahwin, buat masa sekarang kami masih lagi berkawan dan mengenali hati budi masing-masing.

"Tetapi setiap perhubungan sudah tentu ada perancangan ke arah itu. Begitu juga kami namun ia bukanlah dalam masa terdekat ini," katanya.

Apabila bercerita tentang kekasihnya, Tiz berkata Danial Haziq, 25, seorang yang sangat memahami dan tidak mudah cemburu.

"Dia seorang yang sentiasa dalam keadaan tenang, saya tidak pernah nampak dia berasa tertekan," katanya.

Dalam pada itu, bercerita tentang watak Dahlia dalam drama Jodoh Itu Milik Kita, Tiz yang bergandingan dengan pelakon Farid Kamil mengakui agak janggal berlakon degan aktor tersebut.

"Pada mulanya memang rasa takut dan janggal kerana ini kali pertama kami berlakon sebagai pasangan suami-isteri.

"Saya merasakan Farid Kamil merupakan satu nama besar dalam industri dan membuatkan saya jadi malu untuk berlakon babak romantik dan manja dengannya," katanya.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved