Uqasha Senrose Perlukan Labih Masa Kenali Pekin

[x]

Uqasha Senrose Perlukan Labih Masa Kenali Pekin

on Thursday, 22 August 2013

Uqasha Senrose yang ditemui wartawan pada majlis pelancaran filem Paku Pontianak di Sunway Pyramid, Selangor mengakui agak terkejut apabila kisahnya bercinta dengan Pekin menjadi perhatian umum sejak akhir-akhir ini.

Menurut Uqasha lagi, dia masih belum terbuka untuk membicarakan kisah cinta dengan lebih mendalam termasuk berkongsi perancangannya bersama Pekin pada masa akan datang.

"Saya berikan tempoh setahun untuk perhubungan kami dan syukur alhamdulillah majlis merisik pada bulan Julai lalu berjalan lancar walaupun majlis itu umpama satu kejutan besar buat saya.

"Masing-masing sibuk bekerja dan saya enggan memberikan tekanan terhadap hubungan kami," tambah kakak kepada pelakon manis Nelydia Senrose itu.

Dalam pada itu, Uqasha Senrose menyifatkan Pekin sebagai lelaki yang serius dan tegas dalam membuat keputusan namun masih punyai kelembutan dalam hati. Malah kata Uqasha, Pekin juga sebenarnya seorang peramah dan pandai menghormati orang yang lebih tua.

Kualiti itu yang mengikat kesetiaan Uqasha terhadap Pekin dan turut mengakui kini sudah semakin rapat dengan keluarga pelakon lelaki itu.

Menjawab tentang soal kahwin bersama Pekin, Uqasha memberikan kesimpulan ringkas. Katanya: "Senang untuk berkahwin tapi saya tidak tahu lagi komitmen dia (terhadap hubungan), saya memerlukan masa untuk lebih mengenali Pekin."

Dalam pada itu Uqasha turut memberikan penjelasan mengenai sekeping gambar berisi sepotong puisi di laman Instagram miliknya yang dimuat naik sebelum majlis merisik beberapa bulan lalu yang berbunyi seakan-akan kecewa dengan hubungan cintanya.

"Saya ketika itu sedang sibuk dengan penggambaran dan sedikit tertekan jadi status itu bukan ditujukan kepada sesiapa sebaliknya berkongsi masalah peribadi.

"Tidak dinafikan setiap hubungan cinta pasti akan berdepan dengan konflik tapi status itu bukan kerana masalah cinta," tegasnya.

Dalam pada itu, ditanya akan keterbukaan Uqasha berkongsi kisah cinta dan foto-foto bersama Pekin di laman-laman sosial antaranya Instagram dan Twitter, jelas pelakon itu lagi tidak salah untuk dia berkongsi perkara positif.

"Perkara-perkara baik tidak salah untuk dikongsikan dan perkara negatif atau boleh mengundang fitnah rasanya tidak perlu. Masyarakat kita suka mendengar tapi tidak suka menolong," katanya.
sumber : http://kezoom.blogspot.com/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved