Budak Terkejut Buah Pinggang Dicuri

[x]

Budak Terkejut Buah Pinggang Dicuri

on Thursday 19 September 2013


ARAB SAUDI – Sebuah hospital di sini, didakwa mencuri buah pinggang milik seorang budak, selepas budak berkenaan, Ghazi Naif Al-Otaibi, dirawat di hospital tersebut kerana kecederaan akibat terkena renjatan elektrik, dua tahun lalu.

Menurut bapa saudara Ghazi, Ali Al-Murshidi Al-Otaibi, doktor telah memaklumkan bahawa kecederaan anak saudaranya ketika itu sangat serius dengan limpanya telah rosak.

Ia menyebabkan mereka terpaksa menjalani pembedahan untuk mengeluarkan limpa tersebut.

“Selepas pembedahan itu, pakar bedah memberitahu bahawa mereka telah membuang limpa tersebut,’’ katanya.

Bagaimanapun keadaan sebenarnya hanya diketahui selepas Ghazi mengalami kecederaan teruk dalam satu kemalangan jalan raya, bulan lepas.

Namun perkara berkenaan terbongkar apabila Ghazi menjalani pembedahan di hospital yang sama.

Keluarganya terkejut apabila dimaklumkan bahawa limpa dan buah pinggang sebelah kiri budak tersebut telah dibuang.

Sehubungan itu, Ali Al-Murshidi menuntut supaya jawatankuasa keselamatan kesihatan menyiasat insiden berkenaan kerana ia jelas merupakan satu perbuatan jenayah.
Sumber: http://mynewshub.my/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved