Frank Lampard Bakal Catat Sejarah Dalam Perlawanan Menentang Ukraine

[x]

Frank Lampard Bakal Catat Sejarah Dalam Perlawanan Menentang Ukraine

on Tuesday, 10 September 2013

PEMAIN TENGAH Chelsea dan England , Frank Lampard bakal mencatat sejarah mewakili negaranya buat kali ke-100 dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia Kumpulan H menentang Ukraine pada malam Selasa di Stadium Olimpik Kiev.

Frank Lampard Bakal Catat Sejarah Dalam Perlawanan Menentang Ukraine

Bagaimanapun Lampard menegaskan, fikirannya lebih tertumpu tentang cara untuk menang dalam perlawanan sukar itu memandangkan pasukan England ketandusan penyerang ekoran kecederaan yang dialami oleh Wayne Rooney dan Daniel Sturridge serta pengantungan ke atas Danny Welbeck.

Walau apa pun yang terjadi, Lampard, 35, akan menjadi pemain kelapan berjaya mewakili negaranya sebanyak seratus kali.

England buat masa ini mengetuai Kumpulan H tetapi Ukraine akan mengambil alih kedudukan tersebut sekiranya menang.

Juara kumpulan akan layak secara automatik ke pusingan akhir di Brazil Ogos tahun depan manakala naib juara akan berentap dalam satu lagi pusingan ‘play-offs’.

Lampard pertama kali bermain mewakili England di bawah Kevin Keegan dalam perlawanan persahabatan menentang Belgium, Oktober 1999.

Turut bermain dalam perlawanan yang menyaksikan mereka menang 2-1 itu ialah Alan Shearer, Paul Ince dan David Seaman.

Sejak itu Lampard telah berjaya menjaringkan 29 gol untuk negaranya termasuklah dipilih menjadi kapten sebanyak lima kali.

Dalam skuad yang ada sekarang, terdapat dua pemain yang masih aktif dan turut melepasi angka seratus iaitu Steven Gerrard dan Ashley Cole.

Ukraine sebelum ini mencatatkan empat kemenangan di peringkat kumpulan dengan menyumbat 18 kali.

Sementara pasukan Roy Hodgson menang selesa 4-0 ke atas Moldova di Wembley Jumaat lepas tetapi pada masa yang sama Ukraine menang besar ke atas San Marino 9-0.

BERIKUT ADALAH SENARAI 7 PEMAIN YANG TELAH MEWAKILI ENGLAND LEBIH DARI 100 KALI:

> 125: Peter Shilton (1970-1990)

> 115: David Beckham (1996-2009)

> 108: Bobby Moore (1962-1973)

> 106: Bobby Charlton (1958-1970)

> 105: Billy Wright (1946-1959)

> 104: Ashley Cole (2001-kini)

> 104: Steven Gerrard (2000-kini)
sumber : http://joey39.net/
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment

 
© BELOG HARIAN All Rights Reserved